Saturday, February 13, 2010

Dari jauh saya melihat.....

I'm lost, tired and disappointed.

Saya tidak faham dan tidak boleh menerima mereka yang membuat kenyataan terbuka di media semata-semata kerana tidak berpuashati dengan keputusan parti atau jawatankuasa parti. Penting sangat ke kita berbanding dengan kemaslahatan umum? Penting sangat ke kita berbandingkan parti. Penting sangatkah kita berbanding dengan kemenangan Islam. Mungkin kita tidak berpuashati dengan tindakkan dan keputusan yang telah dibuat, tetapi wajarkah kita membuat kenyataan secara terbuka sedangkan kita sebahagian dari parti yang kita dokong.

Adakah kenyataan kita akan memperbaiki keadaan ataupun ianya dilihat lebih menjurus kepada cubaan untuk mempertahankan diri? Walaupun kita bersumpah dengan nama Allah adakah itu membuatkan kita lebih baik dan ikhlas. Ataupun kita akan dilihat lebih bersalah bila kita beriya sangat mempertahankan apa yang kita lakukan.

Kenyataan Abdullah Karim terhadap Tuan Ibrahim yang tersiar di Malaysiakini tidak akan menjernihkan suasana. Ianya dilihat lebih kepada cubaan untuk mengatakan saya betul kamu salah. Sedangkan berjuta orang melihat kita dengan dahi berkerut. Mereka memandang dan mula bersuara.... ini ke Parti PAS yang mendakwa ingin memerintah Malaysia dan membawa suara kita di persada antarabangsa?

Sedar atau tidak umat di luar sana mula melihat Pakatan Rakyat ini seolah-olah semakin kelam-kabut dan huru-hara serta tidak lagi boleh diharapkan. Dan kita pula adalah orang yang secara langsung menyumbang ke arah itu.

Saya menghargai tindakkan YB Khalid Samad yang 'akur' dengan tindakkan yang dikenakan keatasnya. Tidak kisahlah beliau sebenarnya benar-benar ikhlas atau perli kawatankuasa disiplin tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak mengeruhkan suasana secara langsung. Tindakkan YB Khalid itu juga telah menyebabkan Tuan Ibrahim rasa terkilan. Beliau amat berharap YB Khalid Samad mengemukakan rayuan.

Dalam usaha kita cuba menunjukkan bahawa parti kita terbuka dan sesiapa juga boleh bersuara dan memberi komen, kita jangan lupa bahawa di luar sana parti lawan sedang menunggu untuk mencari ruang dan peluang bagi membuat pukulan maut.

Kita masih belum mencapai tahap selesa. Kita masih lagi didalam keadaan ditindas dan ditekan. Segala tindakkan kita perlulah mengambil kira semua itu. Kita tidak mahu nanti tindakkan kita seperti tindakkan tentera pemanah turun dari bukit Uhud. Mereka berasa mereka betul dan mereka melihat mereka betul dan mereka juga seperti amat pasti yang mereka betul. Tetapi betul itu pun subjektif. Pastinya hari ini kita membaca sejarah bahawa tindakkan mereka itu telah menyebabkan Nabi SAW hampir terkorban, luka, berdarah dan patah gigi. Banggakah kita pada masa itu?

Mahukan generasi kita nanti membaca sejarah bahawa kitalah orang yang bertanggungjawab terhadap kehancuran itu? Siapa juga boleh membuat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna. Apa yang lebih penting kita berjuang dan bersama-sama membina dan membangun perjuangan ini. Sehinggalah Islam tertegak di muka dunia ini. Sehingga semua orang dapat menyaksikan keadilan Islam mentadbir dunia.

Sehingga kita mencapai itu semua.... Berfikirlah secara lebih waras. Perkara yang betul tidak semestinya yang yang terbaik. Right thing not necessarily the best thing. Right thing must also politically accurate.

No comments: