Monday, February 8, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Semalam rombongan Pakatan Rakyat berada di Pasar Batu 9 bagi menyerahkan sumbangan beras dan bertemu masyarakat Cina bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru - Tahun Harimau. Sambutan amat meriah dan seawal 8 pagi mereka mula berkumpul di Pasar Batu 9 Hulu Langat.

....antara acara sambutan.... Bukan gas pemedih mata tetapi mercun yang dibakar bagi memeriahkan acara.

Antara wajah-wajah ceria penerima sumbangan beras.

Penyampaian sumbangan yang dibuat oleh Mohamad Jan Sulong selaku Pengarah JPD Dusun Tua.
Sambutan yang amat memberangsangkan oleh masyarakat Cina seumpama kempen pilihanraya. Sekiranya sokongan ini berterusan tidak mustahil DUN Dusun Tua akan dapat kita tadbir sepenuhnya. Kemenangan insyallah amat cerah.

Selesai penyampaian sumbangan giliran bertemu dengan masyarakat setempat dan pengunjung bagi mengucapkan Selamat Tahun baru dan penyampaian kad ucapan.


Mungkin ada sesuatu yang menarik yang dibincangkan oleh mereka yang lalu-lalang di majlis tersebut. 'Ooooo inilah Dr Che Rosli, PAS punya Ahli Parlimen Hulu Langat. Kalaulah kita orang tahu faedah menyokong Pakatan Rakyat.... Dah lama kami undi.' Apa pun masih tidak terlambat untuk berubah.

Bagus!...... Saya sokong!


No comments: