Wednesday, February 3, 2010

Kenyataan Pegawai Khas Najib melampau

Inilah bukti jelas selepas lebih 50 tahun BeEnd dan UMNo memerintah masih lagi kuat mengamalkan politik perkauman. Mereka terus bertaut dengan isu perkauman untuk berkuasa dan menekan musuh politik mereka.

Kenyataan Datuk Nasir bin Safar, (Gambar) Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membuktikan slogan 1Malaysia Najib hanyalah satu sandiwara semata-mata.

Beliau berkata, orang India di Negara ini yang mendesak 12 matapelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai ‘pelampau’.

"Orang India di Malaysia melampau sangat….. mereka mendesak kerajaan untuk 12 mata pelajaran dalam SPM.. jangan desak kerajaan,”katanya ketika berucap dihadapan pegawai-pegawai kerajaan dan politik dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, (JASA) di Pusat Dagangan Melaka hari ini, 2 Februari.

Lebih mengejutkan, Nasir telah membuat ugutan untuk melucutkan kerakyatan kaum India di Malaysia dan menuduh mereka datang ke Malaysia sebagai ‘peminta sedekah’.

Beliau turut menggelar kaum Cina (Tionghua) khususnya perempuan-perempuan Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu sebagai ‘pelacur’.

”Anytime kita boleh melucutkan kewarganegaraan orang India di Malaysia... Indians came to Malaysia as beggers and chinese especially ladies untuk jual badan melacur,"kata Nasir.

Tindakan Pegawai Khas Bahagian Komunikasi yang duduk ‘dibawah dagu’ Najib dilihat sebagai satu kenyataan yang menghasut.

No comments: