Tuesday, February 9, 2010

Apabila Perjuangan Hilang Arah

Untuk apa perjuangan? Dapat apa dari perjuangan?

Apabila ada orang yang sudah mula hilang arah dan hilang punca dalam mengemudi perjuangan maka kita akan melihat pelbagai kesan dan tindak balas. Akan ada orang yang tidak berpuas hati, ada yang merajuk, ada yang hilang semangat dan terus diam dan ada yang memberontak. Yang 'tidak ada otak' pun ramai...... Bertindak semata-mata menurut nafsu.

Apa pun tindakan beberapa kerat dalam Pakatan Rakyat insyallah tidak akan menjejaskan kami dalam memberikan khidmat yang terbaik di DUN Dusun Tua. PAS tetap istikomah dalam menerskan perjuangan. Kami amat yakin bahawa perjuangan ini berlandaskan keadilan sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi perlu dilihat terlaksana.

Kalau nak hidup senang dan kaya raya masuklah UMNo. Tidak sedikit yang mampu membina mahligai..... tetapi tidak kurang yang menyokong merempat, miskin dan papa kedana.

Parti hanyalah wadah perjuangan.... Yang lebih penting apakah yang diperjuangkan. Adakah ianya mampu membahagiakan hidup kita didunia dan akhirat? Hanya yang beriman sahaja yang yakin.

Dalam perjuangan kita perlu berkerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?
__________________________________

Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam ini.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

"Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

"Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2 comments:

Pemuda Jenaris said...

Saya amat tertarik dengan tulisan di atas. Mungkin luahan yang ikhlas datang dari insan yang benar2 memahami erti perjuangan kalau tidak salah saya tafsirkan. Sekelumpok pemimpin hanya akan teruja jika mereka dilantik dan benar2 menjalankan amanah. Amanah ini bukan sekadar amanah melaksanakan mandat dari pengundi tetapi Amanah yang paling utama melaksanakan amanah dariNya(Allah SWT). Amanah inilah yang tidak boleh dielakan apabila dibentangkan dalam mesyuarat di Padang Mahsyar satu hari kelak! Di sinilah segala rekod, dokumen penting akan dibentangkan dan disaksikan ribuan,puluhan ribu, ratusan ribu malah lebih dari jutaan manusia akan menyaksikan perhitungan ini.

Perhitungan ini,Hakim-hakim yang bertugas di "Palace of Justice" pun tidak dapat memaparkan episod penting ini. Betapa kekuasaan Allah SWT itu tidak boleh dinafikan jika kita nafikan sudah hilanglah iktikad dan kepercayaan kita maka murtadlah atau tidak lagi layak bergelar seorang Islam.

Jika kita lihat Al-Quran dan Nabi SAW meninggalkan panduan yang cukup hebat supaya ia menjadi amalan setiap individu yang mengaku Islam samada dia seorang Ketua Keluarga, Ketua dalam Jamaah, Perdana Menteri, Ketua Kampong, Menteri Besar atau apa jua sekalipun dia mesti amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jika di dalam PAS, usrah merupakan medium menimba dan memperkukuhkan jamaah dan yang amat penting yang ditimba itu diamalkan dan cakap itu dikotakan. Dikotakan di sini bermaksud melaksanakan amanah dengan jujur tanpa mengamalkan budaya double standard, rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya. Di saat kemenangan ini ramai kalangan pimpinan kita mewah dengan kenderaan masing-masing ada yang memandu Estime, Harier, Wish dan pelbagai kenderaan pelbagai model. Ketika saat kekalahan dulu hanya sebilangan kecil saja yang mampu memiliki kenderaan tersebut. Kenderaan tersebut boleh dipandu kemana- mana soalnya rumah tidak boleh dibawa ke mana-mana. Jadi masyarakat akan memerhatikan gelajat para pemimpin samada mereka benar-benar istiqomah dalam memimpin jamaah yang semakin hari semakin luntur semangat mereka. Semangat yang dimaksudkan adalah semangat jitu bekerja untuk memajukan jamaah dan parti supaya kehidupan berjaya di dunia apatah lagi akhirat. Maka renung-renungkanlah fikir-fikirkanlah adakah amanah ini telah kita laksanakan dengan baik dan adakah terdetik hati kita Rezeki yang diberikan ini hanyalah sementara....!