Dalam beberapa suasana kita lihat terdapat tindakan kadangkala kita terperangkap diantara bijaksana akal dan bijaksana politik. Bijaksana akal mungkin hanya merujuk kepada pengiktirafan akademik mungkin ada yang ada sijil, diploma, bachelor, master, PHD dan tak ketinggalan juga pengiktirafan badan-badan profesional seperti akauntan dan sebagaimana.
Manakala bijaksana politik pula tidak hanya bersandarkan kepada kemahiran akademik tetapi juga mengambil kira pengetahuan dan kesedaran terhadap suasana dan keperluan. Politik adalah umpama hukum fekah. Dari segi dasarnya telah ada hukum tetap, tetapi dalam keadaan tertentu hukum fekah boleh berubah. Umpamanya makan babi dari segi hukum asalnya adalah haram. Tetapi dalam keadaan terdesak yang boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak makan babi (tiada makanan lain) maka dalam keadaan itu makan babi jadi harus. Itupun terhad untuk mengelak mati sahaja bukannya makan sampai tahap melantak... Maka tidak tepat bila adakalanya terdapat suara-suara mengatakan 'Dulu PAS kata tak boleh tetapi kenapa sekarang PAS kata boleh'. Berfikirlah sebelum bersuara...
Malangnya ada antara kita kadang kala hilang pertimbangan hingga menyebabkan tindakkan kita mendahului akal yang waras. Mungkin apa yang kita kata itu betul tetapi politically incorrect. Ada yang beranggapan kita perlu terbuka sehingga akhlak berjemaah pun dikesampingkan. Menegur pemimpin disamakan dengan menegur anak sediri, ikut sedap mulut hendak mengata. Apabila ditegur mereka kata inilah kebebasan bersuara atau pun mereka kata inilah keterbukaan.
Mungkin mahluk ini hidup dan membesar di dalam alam dan budaya masyarakat lain. Masyarakat yang boleh maki hamun dalam mesyuarat tetapi di luar bilik mesyuarat boleh gelak ,bertepuk tampar dan hisap rokok sama-sama. Tetapi hakikat masyarakat Melayu tidak begitu. Adap terhadap ketua dan mereka yang lebih tua itu adalah sesuatu yang perlu dijaga. Sekiranya menyalahi maka mereka boleh dikatakan kurang ajar atau bahasa yang lebih mudah.... biadap.
Inilah bila parti sudah menjadi besar dan ahli semakin ramai. Maka seribu satu perangai akan muncul. Tidak kurang juga yang membawa budaya parti lama mereka masuk sekali. Maka bila golongan ini ramai maka PAS sudah tak macam PAS... Dalam sesetengah kedaan, isu dalam PAS dan UMNo tah tak jauh berbeza.
Dalam jemaah yang kecil dahulu mereka amat mesra dan rapat. Usrah selalu, solat jemaah sama-sama, datang ceramah.... kini hanya segelintir sahaja yang istikomah. Mereka yang istikomah ini adalah mereka yang dulunya sedikit itulah. Mereka ini jenis rendam tak basah dan bakar tak hangus. Mereka inilah yang mempertaruhkan segalanya untuk melihat Islam berdaulat di negara ini. Berjuang tanpa batasan waktu hingga kita lihat hari ini pakai baju itu.... esok pun masih dilihat pakai baju yang sama. Kadang kala nak balik rumah pun tidak sempat. Begitulah pengorbanan mereka dan keluarganya.
Semoga kita masih diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk mengharungi perjuangan yang penuh berliku ini. Selamat Berjuang!
No comments:
Post a Comment