Menjenguk sejenak kontroversi yang melanda Pulau Pinang. Belum reda dari tindakan MP PKR keluar parti, kini timbul pula isu dikatakan kerajaan negeri membatalkan perarakkan maulidur Rasul.
Siapa betul siapa salah tak pasti tetapi menurut maklumat yang terkini seperti tertera di JAIPP aturcara sambutan adalah seperti berikut:
ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN UMMAH & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M
7.00 pagi - Pendaftaran Kontinjen Perarakan
8.00 pagi - Bacaan Doa
9.00 pagi - Perarakan Kontinjen Dimulakan dengan pelepasan oleh Y.B Tuan Mansor bin Osman,Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Kontinjen Perarakan berhimpun di Dewan Sri Pinang, Goergetown, Pulau Pinang
9.30 pagi - Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff
- Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita
- Bacaan Al-Quran Oleh Adik Dzafarul Idham bin Muhammad Fuzi
- Persembahan Nasyid Oleh Kumpulan Mustika
Ucapan Aluan Oleh: Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Pengerusi Jawatan Kuasa MMK (A) Negeri Pulau Pinang
Ucapan Oleh : Y.B Tuan Mansor bin Osman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
Ucapan Perasmian :
Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul
Rahman bin Haji Abbas,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pelancaran e-Munakahat
-
Forum Perdana oleh Panel Forum:
1. Y.Bhg. Dato' Siti Nor Bahyah binti Mahamood
2. Y.Bhg. Tuan Haji Ellias bin Haji Zakaria
Moderator : Tuan Haji Muhamad Imran bin Ibrahim
- Penyampaian Hadiah Perarakan
- Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita
T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta Dif Kehormat meninggalkan majlis.
Jamuan
12.00 T/hari - Majlis bersurai
No comments:
Post a Comment