Saturday, July 30, 2011

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA

MCA baru perasan bahawa DAP banyak membantu orang Melayu dan Bumiputera di Pulau Pinang. UmNo pula dah lama tahu dan menyedari perkara ini.... kesian MCA. Yang lagi malang adalah ada lagi orang Melayu tidah tahu dan tidak ambil tahu. UmNo dah lama buat kempen memburukkan DAP.... kenapa? Kalau nak tahu inilah sebabnya. Ini bukan kali pertama LGE bersusah payah membela orang Melayu kes di Melaka pun sama. Bagi UmNo kalau dibiarkan DAP terus membantu Melayu maka harapan UmNo(Gerakan) untuk kembali memerintah di Pulau Pinang amat tipis.

MCA pula 'tidak cerdik'.... dengan menemplak DAP secara tidak langsung memalukan dan mengaibkan kempen memburukkan DAP oleh UmNo. Mungkin MCA berpandangan alang-alang tak dapat memerintah biar sama-sama tak dapat kerusi.... Kalau UmNo menang pun MCA tak akan ada harapan untuk memerintah Pulau Pinang. Ini pernah dibuktikan bila UmNo menang majoriti di Pulau Pinang namun masih membenarkan Gerakan memerintah Pulau Pinang.

Fikir-fikirkan....
_________________________
PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu

Thursday, July 28, 2011

Polis Bayar, Kerajaan Bayar atau Pembayar Cukai@Rakyat Bayar?

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan


Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.


Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 29 Ogos 2006, Hemy berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalukan sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.


Hemy memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat konstabel), yang didakwa membuat rakaman berkenaan ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan berbogel, dan kerajaan selaku responden.


Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

karnival amal 2 Dekad [28-31 Julai 2011] @ stadium Seksyen 15, Bangi.

ATURCARA KARNIVAL  AMAL 2 DEKAD

28 Julai ( KHAMIS )9.00 Pagi Hingga 12.00 Malam


1. Pembukaan Gerai Jualan/Pameran
2. Solat Hajat Perdana & Forum Perdana :
* Ustaz Fauzi Mustafa
* Ustaz Haslin Baharim
* Ustazah Muna Izzah Fadhil Noor

29 Julai ( JUMAAT ) 9.00 Pagi Hingga 12.00 Malam


1. Pembukaan Gerai Jualan/Pameran
2. Jamuan Makan Malam& Ceramah Umum :
* Tuan Guru Nik AbdAziz Nik Mat
* Tuan Guru Hj. HadiAwang
* Sdr. Mohamad Sabu
* Ust Nasaruddin HassanTantawi
* Pimpinan PKR &DAP

30 Julai ( SABTU)
9.00 Pagi Hingga 12.00 Malam

 1. Pembukaan Gerai Jualan/Pameran
2. Hari Kesihatan
3. Majlis Perasmian oleh MB Selangor
* Larian Amal 2 Dekad
* Pertandingan Futsal,Badmintaon, Bola Sepak
4. Program Wanita Bersama YB Dr Halimah Ali
* Pertandingan Mewarna, Gubahan& Sukaneka
5. Talk Show Bintang Popular :
* Aishah, Azizah Ariffin,
6. Malam Kesenian Islam :
* Ust. Haslin Baharim, Bob Lokman, Mel Wings
Persembahan Teater ” Bangkit Dari Kubur ”

31 Julai ( AHAD )

1. Pembukaan Gerai Jualan/Pameran
2. Sehari Bersama Jabatan Amal
3. Pertandingan Kawat, Tarik Tali& Sukan Rakyat
4. Sepetang Bersama:
* Yaser Said
5. Persembahan Istimewa Bersama :
* Paklong ” Selagi Ada Rindu” & Sdr Akhwan



Tuesday, July 26, 2011

FAKTA BENAR PERLUKAN KESIMPULAN BETUL

Antara masalah besar sesetengah pihak dalam memahami ilmu ialah membuat kesimpulan yang salah terhadap sesuatu fakta yang benar. Kesimpulan itu sebahagiannya berpunca dari pemikiran lama yang sudah tersedia wujud dalam benaknya, atau atas satu kepentingan tertentu yang dia memang inginkan orang lain berfahaman begitu. Maka, sekalipun fakta itu benar, tetapi kesimpulannya salah maka keputusan hidup atau fatwanya akan salah.

Mengiktiraf Dan Menyokong

Banyak contoh yang boleh disebut dalam hal ini. Antaranya, ada pihak yang tidak dapat membezakan antara mengiktiraf hak dan menyokong sesuatu perkataan atau perbuatan. Mengiktiraf bukan bererti menyetujui apa yang dilakukan. Umpamanya, sebagai muslim kita mengiktiraf hak bukan muslim untuk mengamalkan agama mereka. Ini bukan bererti kita bersetuju dengan isi kandungan agamanya. Al-Quran sendiri melarang kita memaksa orang masuk ke dalam agama ini. Firman Allah (maksudnya)

“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).


Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:

“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ertinya, membiarkan, atau mengiktiraf hak untuk sesuatu pihak menganut agama yang diyakini bukan bererti kita turut sama mempercayainya. Begitulah dalam banyak perkara dalam kehidupan ini. Kemudian, mengiktiraf dalam satu perkara bukan bererti mengiktiraf dalam semua perkara. Dulu saya telah tulis artikel Izin Bukan Bererti Redha. Malang sekali mereka yang dangkal gagal memahami hakikat ini. Mereka akan menuduh sesiapa yang mengiktiraf hak seseorang atau sesuatu pihak bererti dia telah menyokong atau menyertai pihak berkenaan, bahkan dituduh menyokong semua tindakannya yang lain.

Hasilnya, apabila ada yang mengiktiraf hak bukan muslim untuk menyuarakan pandangan mereka, atau meminta beberapa hak mereka maka ada yang menuduh ‘dia bersekongkol dengan orang kafir’. Lebih buruk lagi; dia redha dengan kafir maka dia menjadi kafir. Inilah contoh kedangkalan kefahaman.

Dalam politik pula, ada menteri yang dimarahi oleh partinya kerana mengiktiraf hak rakyat untuk berkumpul, bersuara dan mengadakan demonstrasi aman. Menteri itu dianggap tidak setia dengan parti dan berpihak kepada pembangkang. Inilah kedangkalan pemikiran fanatik politik.

Wira Jadi-Jadian

Apabila muncul seseorang tokoh agama yang ingin menjadi wira bagi mempertahankan segala tindakan pemerintah, sedangkan dia sendiri ‘tidak dalam’ fahamnya mengenai isu politik, maka dia membuat kesimpulan yang salah tentang banyak perkara berkaitan politik. Antaranya, apabila kita menyebut rakyat berhak untuk membantah atau tidak bersetuju, atau mengkritik tindakan atau dasar kerajaan secara aman, dia memahami kita membenarkan rakyat memaki-hamun atau memerangi pemerintah. Lalu, dibacakan dalil-dalil tentang larangan memaki-hamun dan memerangi pemerintah.

Memang, saya sendiri menentang sejak dahulu para penceramah parti pembangkang yang memaki-hamun kerajaan. Apatahlagi, mencerca pemerintah dalam isu-isu peribadi. Nas-nas agama terang dalam hal ini kerana dikhuatiri mudarat yang lebih besar.

Namun, jika mereka tidak memaki atau memerangi dan hanya keluar dengan aman, maka –dari segi nas agama- kita tidak boleh haramkan selagi tidak disertai dengan keganasan. Jika kita hendak nasihat, maka beritahu mereka jangan buat perkara-perkara haram semasa aktiviti tersebut. Jangan kerana ada orang yang kemalangan semasa pulang berhari raya maka kita haram orang menaiki kereta untuk pulang ke kampung. Sebaliknya, nasihat mereka untuk berdisiplin ketika memandu.

Betapa banyak demonstrasi dalam dunia ini telah menghasilkan perubahan yang positif dan menambahkan keamanan dunia. Antaranya, usaha yang dilakukan oleh Martin Luther King. Demokrasinya yang berjaya mengubah ketidakadilan, penindasan warna kulit dan pelbagai lagi kepada negara yang lebih baik dan aman. Dalam demonstrasi itu, Martin Luther King dalam ucapannya yang bersejarah “I Have A Dream” pada Ogos 1963 menyebut:

“I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of the former slave owners will be able to sit down together at the table of brotherhood…i have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character. I have a dream today” (Speeches That Changed The World, m.s 152).

Hari ini Amerika berterima kasih atas usahanya itu. Bagaimana mungkin untuk kita simpulkan semua demonstrasi membawa kerosakan dan kehancuran?!. Jika kita tidak bersetuju pun, kita kena mengiktiraf hak mereka yang bersetuju. Mengharamkan sesuatu atas andaian semata, tidaklah kukuh dari segi syarak. Sebab, dalam urusan muamalat kesemuanya berasaskan ‘harus atau dibolehkan sehingga terbukti ia haram’.

Beza Umum dan Peribadi

Memaki orang memang haram. Memaki pemerintah juga haram. Apa yang dilakukan oleh sesetengah puak dalam kalangan politik adalah perbuatan yang jelek. Islam memelihara akhlak dan budi. Kata Anas bin Malik r.a:

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (Riwayat al-Bukhari).

Namun, kita hendaklah sedar dan faham bukan semua kritikan itu maki hamun. Apatah lagi dalam kerangka negara demokrasi yang dibentuk oleh kerajaan sendiri, kritikan atau bantahan terhadap tindakan kerajaan adalah sesuatu yang diizinkan oleh pelembagaan itu sendiri. Jika tidak, wakil-wakil rakyat di DUN dan Parlimen tidak boleh bersuara untuk didengari oleh pemerintah dan rakyat. Kalaulah kritikan semuanya diharamkan oleh agama, tentulah kerja ahli Parlimen mengampu semua yang kerajaan buat sahaja.

Lebih hodoh lagi, sang wira ini telah mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka. Dia gagal membeza antara mengkritik urusan peribadi pemerintah dan mengkritik tindakan pemerintah yang membabitkan kepentingan awam. Jika fatwa ini digunapakai, maka setiap tokoh agama, atau politik yang ditanya pendapat mereka oleh media tentu tiada ruang bersuara yang berbeza dengan kerajaan.

Misalnya, ada kerajaan yang ingin melanjutkan pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi. Saya percaya, jika tokoh ulama ini ditanya oleh awam, atau media, atau jika dia menjadi ahli Parlimen pasti dia akan berkata: “Saya tidak boleh mengkritik atau membantah ulul amri di khalayak ramai kerana itu haram”. Maka mandullah negara, rosaklah rakyat. Sedangkan para sahabat seperti Salman al-Farisi bangun membantah tindakan Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab dalam majlis terbuka. Demikian juga sahabat yang lain. Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.

Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:

“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.


Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?! Ya, adapun soal maksiat peribadi, seperti akhlak buruk pemerintah, atau keluarga mereka yang tidak membabitkan kepentingan negara, maka di situ kita dilarang mendedahkan atau menceritakan keaiban orang lain di khalayak ramai. Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti itu. Di sini Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).


Apa yang dibuat oleh sesetengah pihak dengan menceritakan aib peribadi pemimpin di khalayak ramai adalah menyanggahi syarak. Namun, itu bukan alasan untuk kita mengharamkan mengkritik pemimpin dalam perkara yang membabitkan soal kemaslahatan umum rakyat. Fatwa mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka adalah sikap mengampu yang berlebih. Maka, amatlah penting untuk membuat kesimpulan yang betul atas fakta yang dilihat. Jangan, lain fakta, lain kesimpulannya. Fahami teks dan konteks, nas dan realiti.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Monday, July 25, 2011

Panas! Rakaman video penuh dedahkan putar belit Polis!

PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [Malaysian Insider].

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.

Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di atas dengan mata kepala anda sendiri.

Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Kami ada bukti bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis.
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis!
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Land Rover itu tak langgar Mat Sabu! Mat Sabu jahat! Polis baik!

Biomatrik vs Dakwat Kekal

Maka hebohlah kerajaan BN kononnya bersetuju mengeluarkan peruntukkan bagi menyokong projek SPR untuk melaksanakan projek biomatrik untuk tujuan pilihanraya.Dikatakan ianya bertujuan untuk menghalang pengundi hantu. Benarkah biomatrik mampu menghalang pengundi hantu, pengundian berulang atau lain-lain bentuk penipuan?

Apa itu biomatrik? Biomatrik adalah kaedah untuk mengesahkan seseorang itu adalah orang yang sebenar sebagaimana maklumat yang adalam pengkalan data. Sama ada pengkalan data itu berada dalam talian ataupun dalam bentuk storan seperti smartcard di kad pengenalan.

Bagaimana ianya boleh menghalang pengundi hantu? Sekiranya hantu itu didaftarkan secara sah maka hantu tersebut bukan lagi hantu. Kalau kaedah ini tidak dapat mengatasi undi hantu apakah ada kaedah lain? Adakah ini adalah sebab negara naju juga tak guna kaedah biomatrik untuk mengatasi masalah pengundi hantu atau pengundian berulang.

Penyelesaian sudah ada dan jawapannya ada pada dakwat kekal.... Apa pula dakwat kekal boleh lakukan; yang tidak dapat dilakukan oleh biomatrik?
  1. Dakwat kekal boleh mengelak pengundian dua kali.
  2. Dakwat kekal boleh mengesan seseorang itu mengundi atau belum.... bolehlah kita bawak mereka ke pusat mengundi.
  3. Kalau kita jumpa mana-mana Mat Bangla ada tanda mengundi... maka kita boleh tanya mereka undi BN ke?
  4. Bila dah habis pilihanraya dan kita jumpa orang tak ada tanda mengundi kita boleh tanya kenapa tak mengundi.... belum memdaftar ke? Boleh kita tolong daftarkan.
Kalau begitu banyak kebaikkan dakwat kekal ini kenapa BN tak mahu buat?.... Nak menipu ler tu. Dah tu kalau ada orang dipaksa celup dakwat macam mana?... Dakwat boleh dibeli atau diseludup....Ini mungkin kes terpencil dan boleh dijalankan siasatan.... lapor Polis dan SPR dan parti yang bertanding... Nanti kita siasat siapa yang menipu. Jangan buat macam-macam alasan untuk tdak buat. Jangan ingat rakyat buta kayu dan tak reti berfikir.

Dah tu kenapa nak berhabis duit beli peralatan biomatrik? Nak cari projek atas angin ke? Siapa yang akan dapat projek dan siapa yang bakal dapat komisen juta-juta?

Buat dulu baru kita cerita.
 _____________________
Kerajaan setuju SPR laksanakan sistem biometrik

Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

najib tun razak may 2011Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.

Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.

Karnival Santai









Friday, July 22, 2011

Bekas Menteri: Najib perlu pastikan pilihanraya Bersih

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.

“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”

“Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

“Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan),” katanya.

Kata beliau, “sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya.”

“Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

“Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

“Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Polis Bertindak Secara 'Sopan' Dalam Menangani Perhimpunan 9 Julai


 

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin.

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan.

Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin.

“(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin).

“Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk,” katanya.

Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil.

“Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan,” katanya.

Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku.

Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes “pelanggaran” Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis.

“Polis menggunakan SOP yang telah ditetapkan dan kita tidak bertindak secara keras (terhadap peserta), kita bermula dengan meriam air dan sebelum kita tembak kita akan beri amaran dulu, kita tidak gunakan kekerasan.

“Selain itu kita tidak melakukan kekerasan terhadap mereka yang ditahan, kita tangkap mereka secara berhemah dan mereka yang ditahan dibawa dengan van (untuk ke Pulapol) dan bukan black maria, di sana (Pulapol) kita sediakan tempat solat, kita beri makan macam makan kenduri, kita sediakan perkhidmatan dan mereka yang ditahan kita hantar ke tempat untuk mereka mudah dapatkan pengangkutan awam,” kata Salleh.

Jelas beliau, pendedahan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada enam jawatankuasa khas menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas pada 9 Julai lalu.

Selain itu tegas Salleh, sepanjang bertugas pada Himpunan Bersih 2.0 semua polis bertindak secara berhemah dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan seperti mana yang didakwa.

Bagaimanapun jelas beliau, peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bertindak di luar batasan dengan melakukan banyak provokasi termasuk cuba merempuh polis.

“Insiden di KL Sentral mengenai gas pemedih mata, ketika itu ada kumpulan seramai 400 orang di KL Sentral... tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan di luar kawasan (KL Sentral) dan bukan di dalam (terowong), kita buang (tembak) di luar bukan di dalam.

“Malah di sana Tian Chua (Naib Presiden PKR) cuba merempuh ke arah polis, namun selepas tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan, dia lari masuk ke dalam,” katanya sambil menambah, anggota polis yang berada di kawasan itu diletakkan kira-kira 30 meter di luar KL Sentral.

“Kenapa 30 meter? Itu sebab... ia adalah SOP jika mahu lepaskan gas pemedih mata,” tambah Salleh.

Justeru jelas beliau, sepanjang mengawal keselamatan dan menghuraikan Himpunan Bersih 2.0, polis telah bertindak secara profesional.

“Langkah yang telah kita buat telah berjaya mengekang 300,000 orang datang dengan hanya tidak sampai 10,000 orang, perhimpunan itu mengambil masa tiga jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

“Pendekatan tegas, adil dan berhemah ini berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, tiada kerosakan yang berlaku,” katanya.

Bersih 2.0 mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara.

Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik.

Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata.

Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Berikut adalah senarai 10 episod ngeri himpunan Bersih 2.0.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg62I8Ev3Y7YvMUxSsLoYqpytniLC7JFzMAGNTTysBdQruXX5jUmpMx1XfLvKr3imrpZqzVhRvdglyJ9l0pkVaujxkZp3DX_ljyfiLGDfygrTZ5feNn6QLg27eSF-TMm6-sIE1ki4PcNUE/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin. 

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGUYv-CFXlN5_w08Jk-XE5A-HsmU2w43Stfy4zPk2NT6f-pONMNteczwOw4Vq070EX-xNCmw8yHmVsOuRehEuKx4_jfWQsP5Erw6nkkwi2VDCUZhonUL0U4oC5yZ6rzQC7DhqvLudpTK4/s400/fayad+al+bakri+2.png

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya.  Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

3. Seorang pemuda, patah kaki kanan

http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg

Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.

4. Roslan Hussain,retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan


Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.








5.  Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , enam jahitan di kepala

http://broslam.com/khalid_cedera.png
Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2SVL9QNxRWKJwXINJx-xH9hs2rj8um4SrF5NDGKhZD0mBbH2gwtUt5UyokGUIWeXcHWQdXIEcNYjbdY2hEkC3JXvo_-tSPG26T0Dk94YNJv6LPMsg507LZCUn87zxSKJzP6Nmn9lzEpo/s1600/1.jpg 
6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/mat%202.jpg

Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmwfERwVDxpwq3YZ5tu_zQKqXMZlPdgkLgbqbJS8D6rG-LoM3tHEIhZIYHZzUmEVFur370EPCXIZAMFICjpnr8t6tMFEc11DUZdHFcpldsQcCZQsqtvnIhgcHPjVoRLdaq4UGzYh-U6-z6/s1600/mat+sabu.png
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre.  Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.

7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan



Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFSo8zu7z7IG-aqD57HbTJ48Ri7lb2ul62_Aw9dQWBdZ7m51SuThQq9eMLhZttsKI6QT4VXNPir4hl3B-Svs1g2AxGj5ZWFDBaVX6Dhrdn3DPNAfYYALd6AaN6FB9OnMx7O8__CEAROjAw/s320/Lakonan+1.png

Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .

Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLqEl0lBZoYe_fqWJnKL6ColwumGAokSfkz73P0N4mSdtajaBcJj3fBsnSSLZvMOx05jAlhpV4sVxoE7JTUnF4T-GptnR36oWJsTvZ-wOshOVlz0MIBXSJKag7yQNjZ8afJxGf_s2GCoWk/s400/beza3.jpg

Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. ( Ada Youtube)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhdsqpQ8z4GWhabVCToScforjC5OFuEvXK0a7UsAShufiaLc_jemG7i9HaOMo6yaEfaV1FBctfFZSef38TQ8pULLmBMhFjcgPM5qlQTcm-kbwsEXotPpt1ZkBISUdDpdl8n4ulGbylwtz/s400/Anwar-Filem.jpg

Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-u2TD-STSS4jd3ISLf8vuL1-PuqEhw3_HvRZobOAAQLhrrOmsTgkyQzkBBHvKm_fbMa_hnAXAZCZq3x_Hl6iCAcTbuTJlStf3p0WAr5JJmYY0W9i7GOPh8DeApzpYlxALwDUQOb4T8RXP/s320/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg 

9.  Pemuda berdarah di kepala

Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIRlDD_bUjnRGy79pzGdbAvi560FO8rQTevNQRQuuBcv1YOZFYmk9JS1S2nvAYkeOrz4VyBMknGvMZBMLDkGskkXOxuWWt7wehyphenhyphenr-DbDddJZbA5ZALgX492Jj4g8v-hE6dLEQ8gkV_edC3/s400/267686_144864375589282_100001971615614_275587_5100173_n.jpg

Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )

 
10. Pemuda , cedera diterajang
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP0Wbd4zQ87vJ7Qy8F4xF6CJwAnfh8fWCjOmo3UUcpcs1WLvak9UBuuV8Rmqmb6zC-gx-eDpZDY1C8qElapA6eF0_BgvwHt3n0BmDHBU6cbVk0tEL3KsPP6y9Rg7cA6TTjiEcD_LG8fJw/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

Inilah sebahagian dari episod 'kesopanan' polis dalam mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0. Nilaikan sendiri.

Thursday, July 21, 2011

Siapa Nak Jawab Soalan ini?

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya mentadbir negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka lari ke Seberang Jaya, Kepala Batas dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Kemana Hendak Dibawa Negara Kita Ini?

Jika kamu mengikutnya

Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.

Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.

Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini saya tak dapat lihat kesannya

Song

Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex

Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Smoke

Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sport

Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenanganBila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Berbaloikah tangisan ini?

Fun

Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Apakah masa hadapan kanak-kanak ini?

Female

Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?

Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion

Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu semua adalah hasil dari kejayaan protokol yang ke 10. Yang lain-lain akan dirumuskan di dadalam artikel yang akan datang.

Jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, pilihlah Allah.

Dari tukang kasut kepada ikon BERSIH

Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.


Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".
Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

Beliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri.

PAS Ganti Umno : PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen dalam PRU 13

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.

Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

“Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

“Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak.

Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

'Profesor Kangkung'

Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar Profesor , tiba-tiba  menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider kononnya pemberitaanya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara. Cadangan beliau ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap. Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara.

Mengapa perlu takut dengan media baru, bukankah umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelusuk kampaung. Memang sahlah parti yang di dokong oleh Dr Antory Hussin sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti umno diketahui oleh rakyat.

Beliau merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana beliau resah dengan maklumat yang diberikan oleh Malaysia Insider dan media alternatif lain.

Jika benar laporan media alternatif ini bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Dr Antory.

Sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datu Seri Najib dan Datin  Rosmah, bukannya beliau. Tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang Profesor sehingga sanggup menjadi pengampul kelas pertama. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar,jika  beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taasub dengan umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat

Wednesday, July 20, 2011

1Malaysia 'diresapi' fahaman pluralisme?

Persoalan sekitar 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak timbul dalam seminar berkaitan Islam dan pluralisme anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara pagi ini.

Dalam program berjudul "Seminar al-Quran dan cabaran pluralisme dalam agama", seorang peserta bangun menimbulkan persoalan berhubung timbulnya kekeliruan sama ada pluralisme sudah 'meresap' dalam gagasan 1Malaysia.

Menurut wakil daripada Kolej Universiti Islam Selangor itu, unsur pluralisme itu antaranya dikesan melalui penganjurkan majlis sambutan hari raya pelbagai agama, seperti sambutan yang dikenali sebagai "Depa Raya" atau "Gong Xi Raya".

Bagaimanapun, menjawab persoalan itu, Penolong Profesor Jabatan Usuluddin Kulliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Mohd Farid Shahran berkata, konsep 1Malaysia lebih kepada kesatuan masyarakat Malaysia dari segi "bangsa Malaysia".

"Kecualilah di kalangan pemimpin negara ada (yang) menggunakan kerangka pluralisme untuk menghuraikan 1Malaysia. Itu masalah. Dan saya tidak menafikan kemungkinan itu.

"Kalau pemimpin kita tidak diterangkan dan diajar tentang apa maksud pluralisme agama, dan apakah bahayanya terhadap akidah Islam, tidak mustahil ada yang mengatakan, ini yang terbaik, (ini) kerangka yang kita nak ketengahkan dalam 1Malaysia.

'Makan-makan tak apa'

"Sedangkan konsep 1Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Tujuannya baik," katanya dalam sesi soal jawab ketika membentangkan kertas kerja berjudul "Islam dan pluralisme agama: Isu-isu akidah semasa".

Sehubungan itu, beliau mencadangkan seboleh-bolehnya tidak ada pihak mencampuradukkan majlis keagamaan dengan majlis keraian yang lain.

"Walaupun kadang kala, ia (majlis) makan-makan sahaja. Tak mengapalah makan-makan, (lepas itu) berhenti. Tak mengapa.

"Tapi lepas makan, ada doa bersama, ada itu dan ini. Jadi timbullah syubhah yang banyak dan jatuh kepada faham yang berlawanan dengan akidah," tegasnya.

Beliau juga menggesa pemimpim Islam agar berhati-hati menerima jemputan berkaitan upacara tertentu seperti merasmikan rumah ibadat agama lain.

Sementara itu, menjawab persoalan yang sama Penolong Profesor Perbandingan Ilmu Wahyu UIA Dr Haslina Ibrahim kesal dengan sikap umat Islam yang "sentimental dan emosional" berdepan isu pluralisme dengan mengetepikan pendekatan ilmiah.

'Bias' terhadap Islam

"Mungkin pengkajian kami tidak dimanfaatkan, mungkin tidak ada kerjasama erat antara ahli politik dan para ilmuan.

"Pernahkan golongan ini (ilmuan) ditanya... 1Malaysia, adakah teori ini dirujuk kepada ilmuan," kata Dr Haslina yang menganggap ia cabaran kepada Ikim dan pelbagai institusi agama lain.

Mengulas mengenai isu kongsi raya, beliau menyifatkannya sebagai keadaan di mana "sudah terhantuk baru tengadah".

"Kadang-kadang saya tengok dalam program antara agama, ada baca doa bersama, ada buat wayang, berlakon bersama untuk menunjukkan kita kebersamaan," katanya.

Dia juga mendakwa difahamkan terdapat skrip rancangan TV yang diterima walaupun kandungannya 'bias' terhadap Islam.

"(Kita) bersungguh sangat nak buat (program) antara agama, untuk menunjukkan kita bersama dengan agama lain, menyebabkan kita terima skrip sedemikian," katanya sinis.

Dr Haslina sebelum itu membentangkan kertas kerja berkeaan sejarah dan perkembangan pluralisme agama.

Tuesday, July 19, 2011

KARNIVAL SANTAI 2011


Program ini adalah kesinambungan dari program karnival rakyat yang pernah diadakan pada tahun 2009 di tempat yang sama. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk di Dun Dusun Tua dan sekitarnya pada ketika itu, maka pihak penganjur berhasrat untuk meneruskan tradisi kecemerlangan bersama rakyat dengan menyediakan program-program yang bermanfaat demi untuk meningkatkan lagi jatidiri pengunjung. Disamping menyediakan alternatif kepada program-program hiburan yang berleluasa masakini, program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pengunjung tentang peri-pentingnya sikap peduli yang tinggi dikalangan rakyat demi untuk mengelakkan dari terus menerus mengamalkan sikap “nafsi-nafsi”. Dengan kepelbagaian program yang digarap dalam tempoh 1 hari 1 malam ini, pihak penganjur menjangkakan kehadiran akan menjangkau lapan ke sepuluh ribu pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

TARIKH   : 23 Julai 2011 (Sabtu)
MASA       : 8.00 Pagi – 11.30 Malam
TEMPAT  : Padang awam pekan batu 14 Hulu Langat

ANJURAN :
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 & 3
Dengan kerjasama
Urusetia Parlimen Hulu Langat
Jawatankuasa Pengurusan Dun (JPD) Dusun Tua
Seluruh JKKK di DUN Dusun Tua
Jabatan Sukan & Rekreasi (JASURA) Hulu Langat

Tentatif Program

9.00 pagi   Majlis Perasmian oleh Y.B Dr Che Rosli Che Mat (MP Hulu Langat)
  • Gerai-gerai jualan
  • Kaunter MES dan daftar pemilih baru
  • Pertandingan futsal padang bawah 12 tahun
  • Pertandingan Gubahan dan Masakan (wanita)
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak bwh 7 thn
  • Pertandingan sukaneka kanak-kanak dan remaja
  • Pertandingan Dam Haji
  • Pertandingan Karom
  • Pertandingan tarik tali amatur
  • Pameran motor berkuasa besar
1.00 petang      :           Solat zohor / rehat
2.30 petang      :           Demonstrasi pemanduan motosikal berhemah ARC
4.30 petang      :           Solat Asar
5.00 petang      :           Liveband mini performance
7.00 malam      :           Solat Magrib/Isyak
9.00 malam      :           Persembahan live band dan konsert santai
11.30 malam    :           Bersurai