Semalam petang sudah didirikan satu post sekatan jalanraya didirikan berhampiran dengan Masjid batu 14. Ingatkan usaha UmNo untuk menyekat orang dari hadir ceramah Cikgu Bard di Taman Sri Nanding..... Tetapi pagi ini sekatan tersebut masih ada dan beberapa orang anggota polis dilihat berada di lokasi. Akibatnya kesesakkan yang tidak sepatutnya telah berlaku. Maka berbakul-bakul orang menyumpah UmNo dan Polis..... Yang buat sekatan pun dapat dosa percuma kerana menyebabkan orang menyumpah dan yang menyumpah pulak dapat dosa percuma.
Bukan setakat itu, beberapa jalan utama memasuki bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Sekatan tersebut dibuat di lebuh raya Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL.
Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak. Di Besraya polis hanya membuka satu sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama. Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0.
Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih.
Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman Facebook dan Twitter. Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian swasta.

No comments:
Post a Comment