Friday, July 22, 2011

Polis Bertindak Secara 'Sopan' Dalam Menangani Perhimpunan 9 Julai


 

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin.

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan.

Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin.

“(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin).

“Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk,” katanya.

Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil.

“Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan,” katanya.

Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku.

Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes “pelanggaran” Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis.

“Polis menggunakan SOP yang telah ditetapkan dan kita tidak bertindak secara keras (terhadap peserta), kita bermula dengan meriam air dan sebelum kita tembak kita akan beri amaran dulu, kita tidak gunakan kekerasan.

“Selain itu kita tidak melakukan kekerasan terhadap mereka yang ditahan, kita tangkap mereka secara berhemah dan mereka yang ditahan dibawa dengan van (untuk ke Pulapol) dan bukan black maria, di sana (Pulapol) kita sediakan tempat solat, kita beri makan macam makan kenduri, kita sediakan perkhidmatan dan mereka yang ditahan kita hantar ke tempat untuk mereka mudah dapatkan pengangkutan awam,” kata Salleh.

Jelas beliau, pendedahan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada enam jawatankuasa khas menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas pada 9 Julai lalu.

Selain itu tegas Salleh, sepanjang bertugas pada Himpunan Bersih 2.0 semua polis bertindak secara berhemah dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan seperti mana yang didakwa.

Bagaimanapun jelas beliau, peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bertindak di luar batasan dengan melakukan banyak provokasi termasuk cuba merempuh polis.

“Insiden di KL Sentral mengenai gas pemedih mata, ketika itu ada kumpulan seramai 400 orang di KL Sentral... tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan di luar kawasan (KL Sentral) dan bukan di dalam (terowong), kita buang (tembak) di luar bukan di dalam.

“Malah di sana Tian Chua (Naib Presiden PKR) cuba merempuh ke arah polis, namun selepas tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan, dia lari masuk ke dalam,” katanya sambil menambah, anggota polis yang berada di kawasan itu diletakkan kira-kira 30 meter di luar KL Sentral.

“Kenapa 30 meter? Itu sebab... ia adalah SOP jika mahu lepaskan gas pemedih mata,” tambah Salleh.

Justeru jelas beliau, sepanjang mengawal keselamatan dan menghuraikan Himpunan Bersih 2.0, polis telah bertindak secara profesional.

“Langkah yang telah kita buat telah berjaya mengekang 300,000 orang datang dengan hanya tidak sampai 10,000 orang, perhimpunan itu mengambil masa tiga jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

“Pendekatan tegas, adil dan berhemah ini berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, tiada kerosakan yang berlaku,” katanya.

Bersih 2.0 mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara.

Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik.

Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata.

Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Berikut adalah senarai 10 episod ngeri himpunan Bersih 2.0.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg62I8Ev3Y7YvMUxSsLoYqpytniLC7JFzMAGNTTysBdQruXX5jUmpMx1XfLvKr3imrpZqzVhRvdglyJ9l0pkVaujxkZp3DX_ljyfiLGDfygrTZ5feNn6QLg27eSF-TMm6-sIE1ki4PcNUE/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin. 

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGUYv-CFXlN5_w08Jk-XE5A-HsmU2w43Stfy4zPk2NT6f-pONMNteczwOw4Vq070EX-xNCmw8yHmVsOuRehEuKx4_jfWQsP5Erw6nkkwi2VDCUZhonUL0U4oC5yZ6rzQC7DhqvLudpTK4/s400/fayad+al+bakri+2.png

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya.  Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

3. Seorang pemuda, patah kaki kanan

http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg

Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.

4. Roslan Hussain,retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan


Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.








5.  Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , enam jahitan di kepala

http://broslam.com/khalid_cedera.png
Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2SVL9QNxRWKJwXINJx-xH9hs2rj8um4SrF5NDGKhZD0mBbH2gwtUt5UyokGUIWeXcHWQdXIEcNYjbdY2hEkC3JXvo_-tSPG26T0Dk94YNJv6LPMsg507LZCUn87zxSKJzP6Nmn9lzEpo/s1600/1.jpg 
6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/mat%202.jpg

Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmwfERwVDxpwq3YZ5tu_zQKqXMZlPdgkLgbqbJS8D6rG-LoM3tHEIhZIYHZzUmEVFur370EPCXIZAMFICjpnr8t6tMFEc11DUZdHFcpldsQcCZQsqtvnIhgcHPjVoRLdaq4UGzYh-U6-z6/s1600/mat+sabu.png
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre.  Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.

7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan



Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFSo8zu7z7IG-aqD57HbTJ48Ri7lb2ul62_Aw9dQWBdZ7m51SuThQq9eMLhZttsKI6QT4VXNPir4hl3B-Svs1g2AxGj5ZWFDBaVX6Dhrdn3DPNAfYYALd6AaN6FB9OnMx7O8__CEAROjAw/s320/Lakonan+1.png

Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .

Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLqEl0lBZoYe_fqWJnKL6ColwumGAokSfkz73P0N4mSdtajaBcJj3fBsnSSLZvMOx05jAlhpV4sVxoE7JTUnF4T-GptnR36oWJsTvZ-wOshOVlz0MIBXSJKag7yQNjZ8afJxGf_s2GCoWk/s400/beza3.jpg

Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. ( Ada Youtube)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhdsqpQ8z4GWhabVCToScforjC5OFuEvXK0a7UsAShufiaLc_jemG7i9HaOMo6yaEfaV1FBctfFZSef38TQ8pULLmBMhFjcgPM5qlQTcm-kbwsEXotPpt1ZkBISUdDpdl8n4ulGbylwtz/s400/Anwar-Filem.jpg

Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-u2TD-STSS4jd3ISLf8vuL1-PuqEhw3_HvRZobOAAQLhrrOmsTgkyQzkBBHvKm_fbMa_hnAXAZCZq3x_Hl6iCAcTbuTJlStf3p0WAr5JJmYY0W9i7GOPh8DeApzpYlxALwDUQOb4T8RXP/s320/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg 

9.  Pemuda berdarah di kepala

Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIRlDD_bUjnRGy79pzGdbAvi560FO8rQTevNQRQuuBcv1YOZFYmk9JS1S2nvAYkeOrz4VyBMknGvMZBMLDkGskkXOxuWWt7wehyphenhyphenr-DbDddJZbA5ZALgX492Jj4g8v-hE6dLEQ8gkV_edC3/s400/267686_144864375589282_100001971615614_275587_5100173_n.jpg

Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )

 
10. Pemuda , cedera diterajang
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP0Wbd4zQ87vJ7Qy8F4xF6CJwAnfh8fWCjOmo3UUcpcs1WLvak9UBuuV8Rmqmb6zC-gx-eDpZDY1C8qElapA6eF0_BgvwHt3n0BmDHBU6cbVk0tEL3KsPP6y9Rg7cA6TTjiEcD_LG8fJw/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

Inilah sebahagian dari episod 'kesopanan' polis dalam mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0. Nilaikan sendiri.

No comments: