Monday, July 4, 2011

Pakai Kuning Salah..... Bogel OK?

Mereka mengharamkan pakai baju kuning hingga menguatkuasakan tangkapan kepada siapa yang memakainya. Tapi pemimpin ini tidak menguatkuasakan tangkapan berpakaian lucah atau terlanjang yang berleluasa dalam masyarakat. Bukankah sudah cukup bukti bahawa kes anak luar nikah, buang bayi dan lain-lain adalah kesan daripada budaya menutup aurat diremehkan.

Sebenarnya kerajaan boleh mengenakan peraturan berpakaian kepada rakyat supaya lebih bersopan dan menutup aurat. Namun kerana nafsu mengatasi segalanya kerajaan memilih untuk mengharamkan baju kuning Bersih dan membiarkan rakyat telanjang atau sekadar tutup sekerat-sekerat.

No comments: