Malu punyai menteri-menteri yang bercakap seperti badut. Memalukan diri sendiri dan memalukan negara. Mengajar dunia tentang demokrasi sedangkan rakyat ditekan umpama regim zionis melayan rakyat Palestine.
Kuala Lumpur dikepung umpama negara sudah darurat.... Jalan di sekat supaya semua rakyat susah.... mencipta tahyul konon-kononya ini semua angkara Bersih... Bukankah lebih terhormat sekiranya kerajaan membenarkan Bersih membuat perhimpunan di Stadium Merdeka? Kita akan dipandang tinggi kerana melaksanakan kebebasan bersuara dan berpendirian.
Apa faedahnya menutup Kuala Lumpur umpama hendak berperang? Sedangkan orang yang bakal dihadapi hanyalah bersenjatakan baju kuning dan teriakkan Bersih! Bersih!.....
Berdegar-degar bercakap di media dan di dada akhbar kononnya UmNo mampu menghimpunkan lebih ramai penyokong....... Hendak himpunkan 1 juta belia pun terpaksa panggil artis, polis bagi laluan, usung pakai bas dan diberikan pelbagai kemudahan, pelbagai goodies@rasuah pun yang datang tidak seberapa... Terpaksa dicampur tiga hari kehadiran untuk mencapai sasaran minima... pastinya bukan satu juta.... inikan hendak menandingi Bersih! Malulah sikit!
Agak-agak kalau dengan situasi yang sama yang dihadapi Bersih tersebut.... UmNo terkencing tengah jalan..... Bukan nak himpunkan 300 orang, dapat 10 orang tu pun mujur.... Itupun campur mat Bangla....
Buatlah keputusan dengan lebih cerdik sedikit. Jangan memalukan anak bangsa dan negara sendiri dengan menunjukkan kebodohan diri.
Apa pun tahniah dan syabas kepada semua pejuang Bersih. Dengan tekanan dari segenap penjuru mereka terus mara tanpa rasa takut dan gentar. Mereka sedar bahawa apa yang diperjuangkan ada atas dasar ilmu dan kesedaran.
Jika jumlah itu kiraan kamu... pejuang Bersih bukan sekadar mereka yang berada ditengah-tengah medan demokrasi... tetapi juga mereka yang tidak dapat bersama akibat sekatan-sekatan jalanraya dan halangan yang sengaja dicipta sebagai cubaan untuk menutup suara rakyat. Ini tidak termasuk iklan-iklan ciptaan UmNo bagi menakut-nakutkan rakyat untuk menyertai pesta Bersih ini.
Mereka ini telah melalui proses pilihanraya yang panjang.... ada yang melaluinya sejak merdeka. Pelbagai kisah suka duka pilihanraya telah mereka lalui. Segala bentuk tekanan, penipuan dan penyelewangan pernah dirasai.
Kepada yang terkorban, didoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada'. Kepada yang tercerdera, bersabarlah dan jadikanlah ianya sebagai saksi perjuangan ini, kepada yang sesak nafas.... angin perubahan sedang bertiup.... Kepada yang terperangkap dalam kesesakkan yang tidak munasabah.... ingatlah itu semua angkara UmNo dan BN yang diketuai oleh orang yang sedang panik menghitung hari-hari akhirnya.
Hari ini perjuanganmu bukan setakat disertai oleh penduduk di dalam negara.... tetapi juga seruan suara Bersih bergema diseluruh dunia......
Kamu yang berjaya mengatasi semua rintangan dan dapat berada di medan perjuangan.... Kamu adalah pejuang sejati, wira rakyat dan harapan dari esok..... Semangat inilah yang akan membentuk generasi hari esok, pejuang inilah yang sepatutnya dinobatkan wira sejati.... Tahniah.
1 comment:
Alangkah moleknya kekuatan PAS yang ada disalurkan pada tempat yang sepatutnya.
Bukankah moleknya jika ahli PAS yang terlibat dalam Bersih 2.0 berganding bahu membantah kehadiran Kuil di Taman Lagenda Suria belakang Petronas.
Adakah Kuil itu tidak berada dikawasan kita , maka kita lepas tangan dan hanya nampak isu yang tidak menguntungkan PAS Dusun tua pada PRU akan datang.
Segala jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan PR selangor yang menyalahkan kerajaan BN yang meluluskan tapak ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Kita jangan lupa bagaimana PAS cuba menjuarai isu tanah kubur di bukit kiara tetapi isu ini senyap..layu
Perlu di ingat kecekapan kita sebagai pemerintah dinilai dalam menyelesaikan masalah dan bukan menyalahkan orang lain.
Jika kita boleh menilai kontrak alam flora yang lama wujud, tak kanlah keputusan tapak kuil ini tak boleh ubah. Sementara bangunan kuil itu belum dibina keputusan untuk memindahkannya adalah terlalu mudah.
Post a Comment