Persoalan sekitar 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak timbul dalam seminar berkaitan Islam dan pluralisme anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara pagi ini.
Dalam program berjudul "Seminar al-Quran dan cabaran pluralisme dalam agama", seorang peserta bangun menimbulkan persoalan berhubung timbulnya kekeliruan sama ada pluralisme sudah 'meresap' dalam gagasan 1Malaysia.
Menurut wakil daripada Kolej Universiti Islam Selangor itu, unsur pluralisme itu antaranya dikesan melalui penganjurkan majlis sambutan hari raya pelbagai agama, seperti sambutan yang dikenali sebagai "Depa Raya" atau "Gong Xi Raya".
Bagaimanapun, menjawab persoalan itu, Penolong Profesor Jabatan Usuluddin Kulliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Mohd Farid Shahran berkata, konsep 1Malaysia lebih kepada kesatuan masyarakat Malaysia dari segi "bangsa Malaysia".
"Kecualilah di kalangan pemimpin negara ada (yang) menggunakan kerangka pluralisme untuk menghuraikan 1Malaysia. Itu masalah. Dan saya tidak menafikan kemungkinan itu.
"Kalau pemimpin kita tidak diterangkan dan diajar tentang apa maksud pluralisme agama, dan apakah bahayanya terhadap akidah Islam, tidak mustahil ada yang mengatakan, ini yang terbaik, (ini) kerangka yang kita nak ketengahkan dalam 1Malaysia.
'Makan-makan tak apa'
"Sedangkan konsep 1Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Tujuannya baik," katanya dalam sesi soal jawab ketika membentangkan kertas kerja berjudul "Islam dan pluralisme agama: Isu-isu akidah semasa".
Sehubungan itu, beliau mencadangkan seboleh-bolehnya tidak ada pihak mencampuradukkan majlis keagamaan dengan majlis keraian yang lain.
"Walaupun kadang kala, ia (majlis) makan-makan sahaja. Tak mengapalah makan-makan, (lepas itu) berhenti. Tak mengapa.
"Tapi lepas makan, ada doa bersama, ada itu dan ini. Jadi timbullah syubhah yang banyak dan jatuh kepada faham yang berlawanan dengan akidah," tegasnya.
Beliau juga menggesa pemimpim Islam agar berhati-hati menerima jemputan berkaitan upacara tertentu seperti merasmikan rumah ibadat agama lain.
Sementara itu, menjawab persoalan yang sama Penolong Profesor Perbandingan Ilmu Wahyu UIA Dr Haslina Ibrahim kesal dengan sikap umat Islam yang "sentimental dan emosional" berdepan isu pluralisme dengan mengetepikan pendekatan ilmiah.
'Bias' terhadap Islam
"Mungkin pengkajian kami tidak dimanfaatkan, mungkin tidak ada kerjasama erat antara ahli politik dan para ilmuan.
"Pernahkan golongan ini (ilmuan) ditanya... 1Malaysia, adakah teori ini dirujuk kepada ilmuan," kata Dr Haslina yang menganggap ia cabaran kepada Ikim dan pelbagai institusi agama lain.
Mengulas mengenai isu kongsi raya, beliau menyifatkannya sebagai keadaan di mana "sudah terhantuk baru tengadah".
"Kadang-kadang saya tengok dalam program antara agama, ada baca doa bersama, ada buat wayang, berlakon bersama untuk menunjukkan kita kebersamaan," katanya.
Dia juga mendakwa difahamkan terdapat skrip rancangan TV yang diterima walaupun kandungannya 'bias' terhadap Islam.
"(Kita) bersungguh sangat nak buat (program) antara agama, untuk menunjukkan kita bersama dengan agama lain, menyebabkan kita terima skrip sedemikian," katanya sinis.
Dr Haslina sebelum itu membentangkan kertas kerja berkeaan sejarah dan perkembangan pluralisme agama.

No comments:
Post a Comment