Tuesday, July 5, 2011

Bersih 2.0 Ke Stadium?

Apabila UmNo mengambil pendirian kalah jadi abu menang jadi arang, kalau aku kalah biar semua lingkup maka kita terpaksa membuat keputusan yang tidak berapa mengembirakan. Berhimpun dan berdemo di stadium sangat tidak ada impak..... lebih-lebih lagi bila media dikuasai oleh UmNo.

Kita mungkin boleh menghimpunkan 1 juta umat di stadium.... namun jika tidak diketahui umum dan tidak masuk dalam media perdana maka kesannya amat kurang. Umpama pasukan Malaysia mengalahkan MU dengan 5-0 namun jika tiada siaran langsung atau tiada akhbar yang berminat menyiarkan maka kemenangan tersebut tiada kesan dan orang tak rasa yang pasukkan Malaysia telah melakukan sesuatu yang luar biasa.

Namun apabila UmNo sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa, hatta mencetuskan kacau bilau perhimpunan Bersih.... itu semua mereka anggap perkara kecil. Lihatlah Berahim Ali yang dilihat lebih berkuasa dari Polis dan tentera. Polis terpaksa tunduk dan menyokong tindakkan Berahim ini. Kesannya apabila pakai baju kuning Bersih dianggap penjenayah... jika pakai bagu perkasa.... polis pun takut nak dekat. Adakah ini kerana Perkasa adalah tajaan UmNo?

Pemuda dan Patriot pula umpama hilang idea dan arah.... meracau tak tentu pasal. Namun oleh kerana mereka adalah UmNo serupa dengan Najib maka pakai baju Patriot tidak salah.... Nasib mereka tidak seperti Bersih.

Ketakutan UmNo terhadap perhimpunan Bersih dan ketakutan mereka kehilangan kuasa menyebabkan mereka hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk berkuasa.

Akhirnya.... perhimpunan di stadium adalah pilihan yang paling selamat tetapi masih tidak menjamin Perkasa dan UmNo akan berdiam diri. Sekiranya diberikan pilihan Dataran Merdeka adalah pilihan yang terbaik. Kami tidak perlu berarak.... cuma kami mahu menyampaikan mesej yang kita tidak sendirian. Dataran Merdeka akan memastikan tuntutan kami dilihat, difahami, disedari oleh seluruh lapisan masyarakat. Kalau media tidak mahu menyiarkan..... ianya akan dilihat oleh penduduk terbanyak di Kuala Lumpur.

No comments: