
Walau tidak dinafikan, ada dikalangan penyokong BERSIH yang kecewa dengan beberapa tindakan kompromi sebelum ini, tapi kita perlu bersangka baik bahawa BERSIH 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.
Tinggal pemimpin BN yang lidah bercabang. Sekejap kata nak bagi stadium, sekejap kata BERSIH tak boleh mohon sebab tak berdaftar, sekejap kata tak boleh guna stadium sekitar Lembah Kelang, sekejap kata gunalah stadium di negeri Pakatan Rakyat. Sekejap kata boleh berhimpun tapi tak boleh pakai baju BERSIH. Mereka nak permainkan kita sehingga pengikut bawahan mula keliru. Di sinilah kebijaksanaan dan ketegasan pimpinan terserlah. Kompromi ada hadnya.
Jesteru semua peringkat pimpinan perlu bergerak segera memobilasikan rakyat dengan tempoh yang ada. Ayuh keluar dengan baju BERSIH tanpa ragu dan keliru. Biarkan polis dengan tugasnya, dan kita dengan agenda kita.
9 Julai khabarnya Najib akan keluar negara. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini yang puncanya saya cukup yakin bukan bermula dari peserta Himpunan BERSIH, mungkinkah berulang lagi episod kambing hitam sebagaimana Musa menjadi kambing hitam kepada Mahathir dalam peristiwa Memali. Siapa yang akan dikambing hitamkan. Muhyiddin, Hishamuddin atau Rais? Berhati-hati sebelum bertindak! Sekali lagi diingatkan, pemerintah yang berkonfrantasi dengan kehendak dan hasrat rakyat tak akan ke mana.
No comments:
Post a Comment