Program ini adalah kesinambungan dari program karnival rakyat yang pernah diadakan pada tahun 2009 di tempat yang sama. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk di Dun Dusun Tua dan sekitarnya pada ketika itu, maka pihak penganjur berhasrat untuk meneruskan tradisi kecemerlangan bersama rakyat dengan menyediakan program-program yang bermanfaat demi untuk meningkatkan lagi jatidiri pengunjung. Disamping menyediakan alternatif kepada program-program hiburan yang berleluasa masakini, program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pengunjung tentang peri-pentingnya sikap peduli yang tinggi dikalangan rakyat demi untuk mengelakkan dari terus menerus mengamalkan sikap “nafsi-nafsi”. Dengan kepelbagaian program yang digarap dalam tempoh 1 hari 1 malam ini, pihak penganjur menjangkakan kehadiran akan menjangkau lapan ke sepuluh ribu pengunjung sepanjang tempoh tersebut.
TARIKH : 23 Julai 2011 (Sabtu)
MASA : 8.00 Pagi – 11.30 Malam
TEMPAT : Padang awam pekan batu 14 Hulu Langat
ANJURAN :
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 & 3
Dengan kerjasama
Urusetia Parlimen Hulu Langat
Jawatankuasa Pengurusan Dun (JPD) Dusun Tua
Seluruh JKKK di DUN Dusun Tua
Jabatan Sukan & Rekreasi (JASURA) Hulu Langat
Tentatif Program
9.00 pagi Majlis Perasmian oleh Y.B Dr Che Rosli Che Mat (MP Hulu Langat)
- Gerai-gerai jualan
- Kaunter MES dan daftar pemilih baru
- Pertandingan futsal padang bawah 12 tahun
- Pertandingan Gubahan dan Masakan (wanita)
- Pertandingan mewarna kanak-kanak bwh 7 thn
- Pertandingan sukaneka kanak-kanak dan remaja
- Pertandingan Dam Haji
- Pertandingan Karom
- Pertandingan tarik tali amatur
- Pameran motor berkuasa besar
1.00 petang : Solat zohor / rehat
2.30 petang : Demonstrasi pemanduan motosikal berhemah ARC
4.30 petang : Solat Asar
5.00 petang : Liveband mini performance
7.00 malam : Solat Magrib/Isyak
9.00 malam : Persembahan live band dan konsert santai
11.30 malam : Bersurai
No comments:
Post a Comment