Monday, October 31, 2011

Zakat : Rasanya bukan setakat Tun M, tetapi PERKASA dan UmNo juga patut menuntut semua syarikat GLC bayar zakat.


TEMERLOH, 31 Okt: PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Dr Mahathir mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.


PRU 13 Mengamit

Dahulu pilihanraya ini mampu dirahsiakan kerana keterbatasan sumber maklumat. Namun kini dengan adanya Internet dan kuasa yang terhad yang dimiliki oleh UmNo maka tarikh pilihanraya yang sebenar mungkin boleh dirahsiakan namun tidak semuanya.

Dahulu maklumat mengenai aktiviti pilihanraya ini amat terhad dan terbatas. Namu akibat hilangnya kuasa UmNo dibeberapa negeri maka persediaan pilihanraya tidak boleh dirahsiakan dari semua orang terutamanya dari Pakatan Rakyat.

Perkembangan terbaru kita mula melihat tong undi mula diedarkan, pusat mengundi telah pun dikenalpasti dan petugas pusat mengundi telah diarahkan untuk menjalani kursus. Namun UmNo masih dengan perangai lamanya mahu merahsiakan tarikh pilihanraya yang sebenar.

Adakah 11/11/11 adalah tarikh pembubaran parlimen? Allah maha mengetahui....hanya Najib boleh jawab. Dengan mengambil kira musim Haji adakah tempoh berkempen dipanjangkan kepada 21 hari?

Diperingkat pengundi dan orang ramai pula adakah mereka ini telah bersedia? Berapa ramai lagi penggundi yang masih belum mendaftar? Dan kenapa SPR masih berdolak dalik dalam membuat pendaftaran secara automatik? Apakah nasib penggunaan dakwat kekal?

Mengundi atau tidak masih menjadi pilihan kepada penggundi.... namun semua rakyat negara ini yang layak perlu diberi peluang menggundi. Pendaftaran perlu dilakukan secara automatik. Sekiranya ini berlaku maka SPR perlu pula menilai semula kawasan yang perlu dibuat persempadanan semula akibat jumlah penggundi yang berlebihan.

Berapa ramai pula yang gagal menukar alamat kerana pelbagai alasan? Berapa ramai pula pengundi berdaftar yang terpaksa menanggung pengundi seperti ini? Sebagai contoh kawasan Hulu Langat ada 1.2 juta penduduk. Di dalam kawasan Hulu Langat ada 3 kawasan DUN. Maka kita boleh anggarkan setiap DUN ada 400,000 orang penduduk... Mungkin jumlah penduduk yang layak menggundi adalah 25%.... maka kita boleh membuat andaian bahawa pengundi DUN Dusun Tua sepatutnya 100,000 orang.

Adakah munasabah satu kawasan DUN mempunyai 100,000 orang penggundi? Inilah yang SPR perlu sedar ataupun yang perlu dituntut oleh semua pihak. Benarkan semua orang yang layak menggundi dengan bebas. Beri keadilah kepada semua rakyat.

Negara kita tanggungjawab kita.

Sunday, October 30, 2011

Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salah

GOMBAK, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.

Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.

"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.

Friday, October 28, 2011

MCA Sokong konsert Elton John... UmNo Macam Mana?

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme.

"Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat.

"Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai dalam satu kenyataan media.

Selasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

Israeli kickboxer a hit in pro-Palestine Malaysia

Siapa kata Israel negara haram? Siapa kata Malaysia tak sokong Israel? Siapa kata Malaysia sokong Palestine? Siapa kata Malaysia anti Israel? Siapa kata UmNo anti Israel? Tahniah kerana negara mempunyai ketua negara yang tidak mempunyai prinsip...!
_____________________
KUALA LUMPUR, Oct 28 — Boxer Ilya Grad has made history as the first Israeli to enter Malaysia, wave his country’s flag and leave in one piece, according to a news report from the Middle East nation.

Malaysia has no diplomatic ties with Israel due to the majority Muslim government’s pro-Palestinian stand in the long-running Middle East dispute.

Israeli news site Ynetnews.com reported yesterday Grad, 24, as starring in a sports reality TV show recorded in Malaysia, “a country which legally bans the entry of Israelis”.

It added he was detained for 25 hours during entry until Malaysia’s youth and sports minister intervened and handed him a special visa, but noted immigration refused to stamp Grad’s Israeli passport. 

With the support of Malaysian ministers, we made an exceptional achievement to let an Isreali athlete fight in Malaysia holding the Israeli flag. It takes us one step forward to live in peace as a species and proves Malaysia to be a civilised and modern society,” he wrote in the Muay Thai Authority.

The “Muay Thai Challenger” brings 16 of the world’s best kickboxers in the same house to eat, sleep and train together, and in the evenings they fight in a ring in front of the cameras.MI
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman

Setakat buat pilihanraya semua pengerusi SPR mampu buat, namun tak ada yang mampu membuat perubahan yang radikal. Antara mereka yang gagal adalah bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Semua hujah sudah dikemuakan namun beliau masih gagal meyakinkan rakyat. Lepas bersara baru nak buka mulut. Siapa buat lawak?

Kalau tak mampu mempertahankan prinsip dan gagal memberi keadilan kepada semua yang bertanding dalam pilihanraya baik berhenti saha.... Bukan tunggu dah bersara baru nak bukak mulut. Jangan tunggu kena sumpah-seranah.....
____________________
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang. 

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak. HD.

'Bekas ketua PR Tony Blair bantu Najib menang PRU'


Berita baik.... Najib akan menerima nasib seperti Tony Blair. Berita buruk kepada rakyat.... BN sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Duit siapa yang akan dileburkan dan siapa akan tanggung sendiri mau ingat....

Terbaru kenyataan dari Campbell : Working for Najib? Bull****, says Campbell

PR @ Pegawai Perhubungan Awam
 _____________________
Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British, Tony Blair -  Alastair Campbell dikatakan sedang bekerjasama dengan BN untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini telah dilihat di Astana, ibu negeri Kazakhstan dan juga di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

"Berdasarkan sumber-sumber eksklusif, kami difahamkan Campbell sedang memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cara memenangi pilihan raya akan datang.

"Menurut sumber kami, Campbell mengadakan pertemuan dengan Najib di KL baru-baru ini dan adalah orang di sebalik yang menasihatkan perdana menteri sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool',” kata laporan itu.

Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Menurut Sarawak Report, Najib mengupah Campbell bagi mendapatkan kepakaran strateginya bagi memenangi pilihan raya akan datang.

"Ia adalah mengenai cara untuk berhadapan dengan pembangkang, bagaimana untuk memaparkan imej Najib dan apa yang perlu dilakukan untuk menang, berdasarkan kejayaan Tony Blair.

"Kerjasama ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pembangkang kerana Campbell menggunakan hubungan antarabangsa dan pengaruh beliau melalui Blair untuk meningkatkan imej Najib dan BN, di sebalik rekod parti itu yang terbukti mengamalkan rasuah, penindasan dan penafian hak-hak asasi manusia serta kegagalan mengadakan pilihan raya yang bersih di Malaysia," petik laporan itu.

Lewat petang ini, Campbell, dalam twitternya, menafikan dia telah dilantik sebagai penasihat kepada Najib.

Katanya, dia sendiri pun tidak pernah datang ke Malaysia.MK.

Tuesday, October 25, 2011

Mengundi Bukan Rahsia

Siapa kata mengundi adalah rahsia? Undi mungkin rahsia namun mengundi bukan rahsia. Mengundi perlu dizahirkan dan patut menjadi kebanggaan. Namun tanpa ada dakwat kekal bagaimana kita hendak menyemarakkan semangat mengundi? Bagaimana kita hendak membuktikan kita dah mengundi dan menyeru orang lain menggundi sama?

Menggundi adalah hak dan tanggungjawab. Sekiranya ada dakwat kekal, maka orang yang tidak mengundi akan berasa malu kerana tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kerajaan mungkin ada alasan sendiri kenapa tidak mahu menggunakan kekal. Mungkin dengan adanya dakwat kekal susah untuk membuat penipuan. Ataupun dengan adanya dakwat kekal lebih mudah dikenalpasti pengundi hantu dan pengundi sebanar. Ataupun takut akan berlaku jiran sebelah kita yang kita tahu pendatang asing tiba-tiba menggundi.

Berani berubah.

Kata kata Biadap, Melampau dan Perkauman...


Mungkin ada yang pernah nama Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang lahir pada tahun 1983 di Muar, Johor. Nama beliau terkenal apabila membuat lagu NegaraKuku yang diupload di YouTube. Terbaru beliau terlibat dalam menghasilkan klip video UndiLah dan juga menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Yang pasti UmNo dan BN adalah orang yang paling marah kerana banyak mesej yang disampaikan kena 'direct' kepada mereka.

'Kita' marah beliau kerana mengajar orang biadap dan melampau..... Kalau kita sedar, budaya kurang ajar, biadap dan budaya melampau memang sudah lama menular dalam masyarakat kita. Kalau tak percaya cubalah kita dengar bahasa yang digunakan oleh anak-anak muda kita sekarang ini... Bodoh!.... itulah istilah yang biasa kita dengar keluar dari mulut mereka. Adakah kita hendak salahkan seorang individu yang bernama Namewee dan manjadikan beliau 'kambing hitam'.....diatas masalah yang telah membarah lama dalam masyarakat kita?

Ramai sangatkah pengikutnya? Adakah lebih ramai dari Elton John? Kalau Namewee itu kurang ajar adalah Elton John itu pembawa budaya positif hingga dibenarkan membuat konsert di negara ini?

Kita sentiasa berharap generasi baru dapat dibentuk supaya lebih berakhlak, berbudi bahasa dan bersopan-santun.... namun adakah itu keutamaan sistem pendidikan kita? Adakah itu keutamaan masyarakat kita kini. Kerajaan menentukan arah tujuan dan polisi negara. Sekiranya kerajaan mengutamakan kemajuan kebendaan maka masyarakat juga akan mengutamakan kebendaan.

Perkara ini tidak akan selesai sampai bila-bila kecuali mesyarakat berubah dan menjadi lebih 'demanding'. Kita perlukan masyarakat baru yang lebih berani mengubah dan berubah demi kebaikan generasi yang akan datang. Kalau kerajaan yang ada tidak mampu memberi apa yang kita mahukan kita perlu ada 'willing power' dan kesungguhan untuk mengubah kepada yang lebih. Hatta berani membuang kerajaan yang ada dan menggantikan yang baru.

Kita sentiasa dituntut untuk terus berubah kepada yang lebih baik.... Maka sahutlah cabaran ini.

Dato' Ust Abu Hassan Di Masjid Bt 14


YB Nurul Izzah & YB Dr Rani Di Nanding


Penggantungan Prof Aziz Bari ditarik balik

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok. MK.

Saturday, October 22, 2011

KAUNTER BERGERAK PUSAT KHIDMAT (JPD) DUN DUSUN TUA

Setiap pag Jumaat 8-11 pagi di Pasar pagi Sg Long

Bagi memastikan semua lapisan masyarakat berbilang kaum DUN Dusun Tua mengetahui dan menikmati berbagai skim mesra rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, Pusat Khidmat (JPD) DUN Dusun Tua membuka kaunter bergerak di Pasar pagi Sg Long setiap hari jumaat bermula jam 8 pagi hingga jam 11 pagi. Sambutan dikalangan warga emas sangat mengalakkan. Kerja -kerja turun padang ini akan diteruskan sehingga PRU13 diumumkan,bukan sahaja disini tetapi akan diluaskan operasinya kesemua kawasan seperti, Taman Alam Jaya, Bandar Mahkota Cheras, Taman Nanding dan lain-lain lagi. program ini melibatkan ahli majlis, dan juga ahli parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat.




































































Wednesday, October 19, 2011

Perjumpaan Dengan PJ Dr Rani Bagi Mendengar Pandangan Akar Umbi

 
 
 
 
 
 

Kutuk Mat Sabu Tapi merekalah Yang Dapat Banyak Manfaat

Akibat dari ucapan Mat Sabu inilah menyebabkan Najib memperuntukkan sebanyak lebih RM1 billion untuk polis dan tentera. Termasuk bantuan RM3,000.00 on-off kepada setiap bekas anggota keselamatan serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. 

Namun ramai yang tidak sedar perkara itu. Kalau nak senang Mat Sabu tak payah cakap dan tak persu susah payah menjawab pelbagai tohmahan. Mungkin kalau Mat Sabu tak 'celupar' mereka ini tak akan mendapat satu sen pun peruntukkan dari kerajaan.

Sepatutnya mereka ini buat kempen tandatangan sokong ucapkan Mat Sabu dan bukannya membantah.....
 
KDN diminta jawab kempen bantah Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengenai keterlibatan  pihak polis  dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera.

Ini ekoran satu salinan surat diterimanya baru-baru ini yang ditandatangani bagi pihak  Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Mujahid, surat yang diterima daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali itu mengandungi arahan bertarikh 14 September 2011 kepada pegawai awam, kakitangan awam, pesara polis termasuk isteri dan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menandatangani kempen bantahan terhadap Mohamad.

PAS tak akan sertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun)

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Monday, October 17, 2011

Ayat-Ayat Allah Di Pelupusan Sampah

Kitab Suci al-Qur’an merupakan Kalamullah dan wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa kebenaran dan petunjuk kepada umat manusia, sekaligus mengesahkan kebenaran kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya.

Umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib memuliakan, mengagungkan dan memelihara Kitab Suci al-Qur’an. Baik dari segi memelihara kesuciannya daripada kotoran ataupun memelihara kemuliaannya daripada sebarang perubahan, penambahan atau sebarang perbuatan yang membawa kepada penghinaannya. Begitu juga dari segi menjaga adab-adab ketika membacanya, menulis, membawa, menyentuh, meletak dan menyimpan al-Qur’an, dan menjauhkannya daripada terdedah kepada perkara yang hina umpamanya meletakkannya di tempat tempat yang tidak munasabah seperti tempat kotor, bersepah di jalan-jalan dan sebagainya.

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib menjaga dan menghormati mushaf. Menurut para ulama asy-syafi‘e dan ulama yang lainnya Rahimahumullah, jika seseorang muslim itu membuang mushaf ke tempat-tempat kotor, maka jadilah dia kafir. Menurut mereka lagi, hatta menjadikan mushaf itu sebagai bantal hukumnya adalah haram.

Mushaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an yang tidak dapat digunakan lagi dan sukar untuk dijaga dan dipelihara, boleh dilupuskan dengan tujuan untuk menjaga kehormatannya. Perkara ini pernah dilakukan oleh Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu. Beliau juga pernah memerintahkan supaya dilupuskan beberapa lembaran kertas yang tertulis padanya al-Qur’an dengan membakarnya.

Namun semalam saya telah dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa terdapat banyak kertas yang terdapat tulisan dari Al-Quraan dilonggokkan di kedai barang lupus (besi buruk).... antaranya kertas ujian PMR yang padanya terdapat petikan dari ayat-ayat Al-Quraan.

Saya menggesa pihak yang berkenaan terutama Jabatan Agama dan majlis fatwa perlu membuat keputusan mengenai perkara ini. Antara perkara yang perlu diperjelaskan adalah:
  1. Hukum penulisan ayat Al-Quraan sekiranya sukar untuk memeliharanya.
  2. Hukum dan cara melupuskan petikkan ayat Al-Quraan.
  3. Hukum dan cara menjaga segala bentuk petikkan ayat Al-Quraan sama ada dalam bentuk lembaran, buku kecil, majalah, hiasan atau apa juga bentuk penulisan.
Perkara ini perlu diperjelaskan bagi mengelak salah faham dan keresahan dikalangan masyarakat. Berapa banyak lagi kes-kes seumpama ini berlaku dan apa tindakkan kita?

Aziz Bari: Kenyataan Dr Mahathir melucukan

KUALA LUMPUR, 17 Okt ─ Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah “agak melucukan.”

“Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan... saya tidak tahu nak kata apa... tengok siapa yang bercakap,” kata Aziz Bari dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno.

“Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini... kita tahu siapa beliau,” kata beliau sambil menambah, semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

“Beliau sudah lupa, mungkin sudah tidak ingat... sudah lupa,” katanya dengan merujuk kepada perkembangan kes meminda Perlembagaan Persekutuan tahun 1983 dan 1993 selain respons berkaitan dengan krisis politik Perak 2009 dan isu berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor akhir tahun lalu. MI

Bila DAP Memerintah Mereka Kata Cina.... Bila UmNo Tak Mahu Memerintah.... Apa Nak kata?

Bodoh tak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut. 

Itulah istilah yang paling sesuai dibuat kepada UmNo. Apabila negara diperintah mengikut dasar demokrasi, kerusi majoriti perlu memegang tampuk pemerintahan. Apabila UmNo sudah mula buat contoh yang salah maka generasi yang berikutnya akan menggunakan keputusan  UmNo itu sebagai sandaran.

Bila DAP memerintah pandai kata Cina memerintah Pulau Pinang. Bila UmNo serahkan kerusi kepada Gerakan kenapa tiada orang Melayu yang membantah? Seolah-olah Koh Tsu Koon itu Melayu sejati menurut kaca mata UmNo. Tiada pula kata-kata kesat dari Perkasa dan Utusan Meloya mempertikaikan keputusan presiden UmNo dan pengerusi BN itu.

Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang
  
Perdana Menteri@ Presiden UmNo@ Pejuang Melayu Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno yang dipimpin oleh Najib sebagai presiden UmNo@ pengerusi BN dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Martabatkan Bahasa Melayu Di Semua Sektor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.

“Langkah ini positif demi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan meskipun agak terlambat untuk dilaksanakan,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah dilaksanakan sejak 10 hingga 15 tahun dahulu.

Sepatutnya, kata beliau kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perlu berkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

Menurutnya, negara-negara lain amat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan mereka sehingga telah lama dijadikan bahasa utama perantara di negara masing-masing.

Tambahnya, negara-negara hebat dan maju seperti Jepun, China, Korea, Perancis dan lain-lainnya tidak pernah ragu dalam menjadikan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama di negara mereka.

Beliau berkata, ternyata menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dalam semua urusan mampu menaikkan semangat patriotik rakyat di samping mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke pentas dunia.

Negara-negara itu, jelasnya membuktikan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai antara bahasa terpenting di dunia dan masyarakat dunia perlu mempelajarinya.

Katanya, selain langkah di sektor kerajaan, DPPM meminta pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dilaksanakan juga di sektor swasta.

Bagi DPPM, ujarnya kerajaan berhak mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu di sektor swasta memandangkan masih banyak sektor swasta yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Ia, katanya perlu diamalkan oleh semua bangsa dan kaum agar bahasa Melayu mampu dimartabatkan secara menyeluruh.

“Apa yang berlaku, masih banyak sektor swasta mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam surat menyurat, mesyuarat, seminar dan aktiviti, serta dalam temuduga,” ujarnya.

Ujarnya lagi, pekerja yang bakal diambil bekerja di syarikat mereka diwajibkan mahir dalam bahasa Inggeris sebagai syarat utama.

Ini, katanya menyebabkan ramai pekerja khususnya mereka yang berbangsa Melayu gagal menepatkan diri di sektor swasta ekoran gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Akhirnya, tambah beliau DPPM benar-benar berharap pelaksanaan bahasa Melayu di kekalkan bahkan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya lagi, jika benar rakyat cintakan negara sendiri, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan pentadbiran perlu diyakini.

Selain itu, ujarnya sektor bukan kerajaan juga perlu menyambut positif langkah itu dan mengambil langkah serupa dalam setiap urusan mereka.

“DPPM yakin jika ini berterusan, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa penting di rantau Asia malah mungkin antara bahasa terpenting dunia kelak,” katanya.

Sunday, October 16, 2011

Kita Lebih Banyak Cari Alasan Dari Cari Jalan....

 

Jangan kamu membantah 7 golongan ini...

  1. Orang-orang Jahil tentang agama.
  2. Orang-orang bodoh atau orang yang mempersendakan agama.
  3. Orang yang pemarah kerana orang marah adalah sebahagian daripada gila.
  4. Orang yang payah menerima pendapat orang lain.
  5. Orang mengikut sesuatu pendapat secara buta tuli.
  6. Orang yang mencampuradukkan semua kebaikkan dunia sebagai agama sehingga manusia keliru dengan kebaikkan agama.
  7. Orang yang suka berbantah dan berdolak dalih.

Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Hulu Langat

Negara berkebajikan adalah 'Negara yang sejahtera dan beroleh keampunan Allah SWA, pemerintah dan rakyatnya berlumba-lumba untuk melaksanakan kebaikan dan disokong oleh sistem kerajaan yang cekap dan menguntungkan semua pihak'.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Antara Tauliah dan Dakwah

Apakah tujuan diadakan tauliah....? Dikatakan ianya perlu kerana bagi menghalang ajaran sesat. Namun persoalannya adakah ajaran sesat diajarkan di masjid dan surau? Adakah Ayah Pin dan Kahar mengajar ajaran sesat di masjid-masjid dan surau? 

Tidak cukupkah undang-undang yang sedia ada bagi mencegah ajaran salah dan sesat kepada masyarakat hingga di sempitkan ruang dakwah. Tidak bolehkah kita bezakan antara ucapan, ceramah, tazkirah dan kuliah. Kalau bercakap di masjid dan surau kena tauliah jangan hairanlah selepas ni kalau bersembang di masjid dan surau pun kena tauliah. 

Selapas ni kalau nak tegur orang buat maksiat kena berhati-hati. Tak boleh sebut halal haram... nanti letih kita nak bagi kad tauliah. Begitulah susahnya nak berdakwah di negara Islam ini. Sedangkan agama lain bebas berdakwah tanpa perlu permit dan tauliah. 

Apabila  semakin orang Islam jahil patutkah kita marah kalau orang Islam datang majlis agama orang lain? Ingatlah berdakwah adalah sunah Nabi. Malah disana ada tuntutan supaya kita menyampaikan apa-apa sahaja daripada nabi walaupun hanya satu ayat. Jangan kerana hendak menjadi pekakas UmNo hingga Islam disempitkan dan dipayahkan.

Bila Raja-Raja Di Malaysia Akan Berpendirian Sebegini?

Saturday, October 15, 2011

Mansuh hukuman mati kerana tidak faham hukum Allah

Hukuman mati adalah hak Allah dan bukan hak manusia untuk memutuskan. Manusia juga tidak boleh menentukan kesalahan apa yang dibenarkan dihukum bunuh. Begitu juga hak untuk mengampunkan kesalahan bunuh, ia adalah hak waris bukan orang lain.
Akibat kejahilan ini maka manusia menghukum mengikut nafsu tanpa hak. Kini, akibat kegagalan hukuman bunuh ini gagal mengurangkan kadar jenayah termasuk kes pembunuhan dan pengedaran dadah. Maka disebabkan kegagalan ini, ada pula suara-suara yang mahu hukuman bunuh ini dimansuhkan.

Baru-baru ini Majlis Peguam menyatakan hukuman gantung sampai mati wajar dimansuhkan kerana pelaksanaannya selama ini gagal menurunkan kadar jenayah terutama membabitkan jenayah berat.

Akhbar melaporkan, Presidennya, Yeo Yang Poh berkata, kadar jenayah seperti bunuh serta pengedaran dadah masih berlaku dan sehingga kini tiada tanda-tanda kes seumpama itu akan menurun walaupun adanya hukuman tersebut.

Justeru beliau menganggap peranan hukuman itu yang sepatutnya sebagai satu bentuk pengajaran kepada masyarakat, tidak pernah berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pula berkata cadangan memansuhkan hukuman gantung harus diberi pertimbangan serius dan perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara mengenai kewajaran dan keberkesanan hukuman itu dalam pencegahan jenayah.

Beliau secara peribadi setuju dengan cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat agung Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini.

"Saya bersifat terbuka mengenai cadangan ini, tetapi ini hanya pendirian seorang menteri. Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara menimbang segala kemungkinan dan mengesyorkan pendekatan terbaik,” katanya sebagaimana yang dilaporkan akhbar.

Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan bahawa disebut di dalam al-Quran mengenai hukum qisas yang berkait dengan pembunuhan.

Tambahnya, hukuman bunuh itu bukanlah dibunuh begitu sahaja kepada pesalah tetapi mempunyai peraturan yang diajar oleh Allah dan Rasulullah.

Jelasnya, hukuman bunuh dijatuhkan kepada pesalah yang melakukan pembunuhan dengan senjata yang boleh menyebabkan kematian atau membunuh dengan sengaja dengan menggunakan alat yang boleh membunuh.

“Apabila sabit kesalahan bunuh dengan sengaja, dengan alat membunuh hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh, jatuh hukuman sebagaimana disebut oleh Nabi hendaklah kamu bunuh dengan baik.

“Jalankan hukum bunuh dengan cara tidak menyakitkan, ini pakai cekik dengan tali, itu dah tak betul, tak ikut hukum Islam, kena cari alat yang boleh cepat mematikan,” ujarnya.

Bahkan, katanya Nabi Muhammad juga mengajar apabila hendak melakukan penyembelihan binatang pun perlu menggunakan pisau yang tajam.

Jelas beliau lagi, setelah seseorang yang terbukti melakukan pembunuhan itu dijatuhkan hukuman bunuh, maka diberikan hak kepada wali di kalangan anak beranak mangsa untuk mengampunkan pesalah.

“Mengikut hukum syarak, wali berhak mengampun setelah dijatuhkan hukuman bunuh (kepada pembunuh), maka kerajaan hendaklah tahu di mana wali dia, anak beranak dia, nak ampun atau tidak,” ujarnya lagi.

Tetapi, katanya apa yang berlaku ialah diwujudkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuan Agong dengan ahlinya terdiri daripada perdana menteri dan peguam negara. Begitu juga, katanya, kalau di peringkat negeri, pengerusinya adalah sultan di mana ahli terdiri daripada menteri besar, setiausaha kerajaan dan wakil peguam negara.

“Orang-orang ini (Lembaga Pengampunan) tidak berhak untuk mengampun, Allah tidak izin, yang berhak mengampun anak beranak dia, tapi pinda hukum Allah Taala,” tegasnya.

“Setelah keluarga (mangsa) mengampun, maka dikenakan bayaran diat mughallazah (kepada pesalah) dengan 100 ekor unta, ada peraturan seperti umur unta sebagaimana disebutkan dalam kitab fiqah,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa kesalahan berkait dengan dadah tidak termasuk dalam hukum qisas atau hudud tetapi takzir yang diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah.

“Bukan mula dengan (hukum) bunuh, mula dengan dera dahulu tapi mula dengan bunuh selalu ikut sukatan dadah, tak ikut hukum Allah Taala.  Bila tak ikut hukum Allah akan jadi punah ranah habis," ujarnya.

Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Pemilihan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.

Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950-an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. MI.

PAS mampu selamatkan Melayu Islam

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa.

“Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebenarnya, kata beliau itu hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat.

Katanya, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya.

“Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.

“Insya Allah doa almarhum Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah, supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini,” ujarnya.

Oleh itu, katanya PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

PAS, tambah beliau terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti  Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu.

Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam.

Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini.

Jelasnya lagi, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 sebanyak RM718 juta.

Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas.

PAS, tambahnya mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik.

“Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan Bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi, mengkambinghitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang,” ujarnya.

Friday, October 14, 2011

Tiada Sendkit Cuma... 'Pemberian Sah'

PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - dikesan berlaku hampir setiap hari.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata mereka mendapat maklumat berdasarkan risikan jentera mereka termasuk mengekori bas terbabit dan mengambil gambar sebagai bukti.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"(Modus Operandi) itu dibuat secara terang-terangan membawa (pendatang asing) dengan bas," katanya sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya.

Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu.

Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.


"Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor said.


Ketika dihubungi Malaysiakini, Jainisah juga menolak dakwaan pegawai jabatan itu kelihatan bertemu warga asing yang datang dengan enam bas di Masjid Putrajaya sebelum tiba di resort berdekatan.


"(Dakwaan bahawa) pegawai kami bertemu (dengan warga asing)... Tiada maklumat sebegitu, tiada perkara sebegitu," katanya.


Tiada sindiket, dalam apa pun bentuk, untuk mengeluarkan kad pengenalan MyKad biru kepada kumpulan itu, jelasnya lagi.


"Kami tidak terlibat kerana menurut undang-undang negara ini, kamu tidak boleh mudah-mudah berikan kerakyatan," kata Jainisah.


Semalam, sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung oleh penyokong PAS. Pintu pagar resort itu didakwa berkunci ketika kejadian.


Anggota jawatankuasa PAS Mazlan Aliman mendakwa warga asing yang majoritinya daripada Indonesia itu didatangi seorang yang mengakui pegawai JPN yang kemudiannya mengiringi pendatang itu keluar daripada resort. MK.

Monday, October 10, 2011

Oh Negara Ku.....


Pernahkah kerajaan menjelaskan budget defisit dan hutang sebenar..... Berapa anggaran defisit belanjawan dan defisit sebenar di hujung tahun. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menampung defisit ini.

Kalau setiap tahun menambah hutang.... siapa yang bakal membayar hutang ini? Dalam tempoh 5 tahun hutang kita adalah 27.9%. Kalau anggaran satu tahun belanjawan adalah RM200 billion maka selama 5 tahun jumlah perbelanjaan adalah RM1,000 billion (RM1 trillion). Dan 27.9% dari RM1 trillion adalah RM270 billion.... Siapa, maacam mana dan bila nak bayar hutang ini?

Nota: Defisit = Hutang...

Bila masyarakat semakin berilmu dan waras....