Tuesday, October 25, 2011

Kata kata Biadap, Melampau dan Perkauman...


Mungkin ada yang pernah nama Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang lahir pada tahun 1983 di Muar, Johor. Nama beliau terkenal apabila membuat lagu NegaraKuku yang diupload di YouTube. Terbaru beliau terlibat dalam menghasilkan klip video UndiLah dan juga menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Yang pasti UmNo dan BN adalah orang yang paling marah kerana banyak mesej yang disampaikan kena 'direct' kepada mereka.

'Kita' marah beliau kerana mengajar orang biadap dan melampau..... Kalau kita sedar, budaya kurang ajar, biadap dan budaya melampau memang sudah lama menular dalam masyarakat kita. Kalau tak percaya cubalah kita dengar bahasa yang digunakan oleh anak-anak muda kita sekarang ini... Bodoh!.... itulah istilah yang biasa kita dengar keluar dari mulut mereka. Adakah kita hendak salahkan seorang individu yang bernama Namewee dan manjadikan beliau 'kambing hitam'.....diatas masalah yang telah membarah lama dalam masyarakat kita?

Ramai sangatkah pengikutnya? Adakah lebih ramai dari Elton John? Kalau Namewee itu kurang ajar adalah Elton John itu pembawa budaya positif hingga dibenarkan membuat konsert di negara ini?

Kita sentiasa berharap generasi baru dapat dibentuk supaya lebih berakhlak, berbudi bahasa dan bersopan-santun.... namun adakah itu keutamaan sistem pendidikan kita? Adakah itu keutamaan masyarakat kita kini. Kerajaan menentukan arah tujuan dan polisi negara. Sekiranya kerajaan mengutamakan kemajuan kebendaan maka masyarakat juga akan mengutamakan kebendaan.

Perkara ini tidak akan selesai sampai bila-bila kecuali mesyarakat berubah dan menjadi lebih 'demanding'. Kita perlukan masyarakat baru yang lebih berani mengubah dan berubah demi kebaikan generasi yang akan datang. Kalau kerajaan yang ada tidak mampu memberi apa yang kita mahukan kita perlu ada 'willing power' dan kesungguhan untuk mengubah kepada yang lebih. Hatta berani membuang kerajaan yang ada dan menggantikan yang baru.

Kita sentiasa dituntut untuk terus berubah kepada yang lebih baik.... Maka sahutlah cabaran ini.

No comments: