Friday, October 28, 2011

MCA Sokong konsert Elton John... UmNo Macam Mana?

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme.

"Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat.

"Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai dalam satu kenyataan media.

Selasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

No comments: