Thursday, October 6, 2011

Tahu Judi Mendatangkan Keburukan Tetapi Enggan Haramkan

UmNo adalah antara spesis pelik dalam dunia ini..... Tahu judi itu haram dan mendatangkan keburukan namun tidak menyokong pengharaman judi... malah sokong industri judi.

Tahu arak itu haram dan mendatangkan mudarat tetapi masih dijual secara terbuka.... Bahkan beer itu diletakkan setaraf dengan minuman ringan.

Begitu juga dengan rokok... tahu yang rokok itu membahayakan kesihatan namun masih tidak mengharamkan penjualan rokok.
__________________________________________
PUTRAJAYA, 5 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Ketagihan Judi akan ditubuhkan untuk membantu penjudi tegar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah perlu memandangkan masalah ketagihan judi juga tergolong dalam permasalahan mental.

"Kalau penjudi biasa, mereka masih boleh lagi mengawal diri tetapi kita bimbang dengan penjudi tegar, yang jika duit tak ada pun, mereka tetap mahu berjudi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Rabu.

Liow berkata memandangkan belum ada badan khas untuk melihat masalah tersebut, kementerian itu merasakan bertanggungjawab untuk membantu pejudi tegar kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang serius kepada golongan itu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Datin Dr Ang Kin Teng yang akan merangka program khas dan cara untuk membantu penjudi tegar termasuk mereka yang terlibat dengan judi dalam talian dan di pusat siber.

No comments: