Kitab Suci al-Qur’an merupakan Kalamullah dan wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa kebenaran dan petunjuk kepada umat manusia, sekaligus mengesahkan kebenaran kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya.
Umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib memuliakan, mengagungkan dan memelihara Kitab Suci al-Qur’an. Baik dari segi memelihara kesuciannya daripada kotoran ataupun memelihara kemuliaannya daripada sebarang perubahan, penambahan atau sebarang perbuatan yang membawa kepada penghinaannya. Begitu juga dari segi menjaga adab-adab ketika membacanya, menulis, membawa, menyentuh, meletak dan menyimpan al-Qur’an, dan menjauhkannya daripada terdedah kepada perkara yang hina umpamanya meletakkannya di tempat tempat yang tidak munasabah seperti tempat kotor, bersepah di jalan-jalan dan sebagainya.
Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, umat Islam telah bersepakat mengatakan bahawa wajib menjaga dan menghormati mushaf. Menurut para ulama asy-syafi‘e dan ulama yang lainnya Rahimahumullah, jika seseorang muslim itu membuang mushaf ke tempat-tempat kotor, maka jadilah dia kafir. Menurut mereka lagi, hatta menjadikan mushaf itu sebagai bantal hukumnya adalah haram.
Mushaf atau tulisan ayat-ayat al-Qur’an yang tidak dapat digunakan lagi dan sukar untuk dijaga dan dipelihara, boleh dilupuskan dengan tujuan untuk menjaga kehormatannya. Perkara ini pernah dilakukan oleh Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu. Beliau juga pernah memerintahkan supaya dilupuskan beberapa lembaran kertas yang tertulis padanya al-Qur’an dengan membakarnya.
Namun semalam saya telah dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa terdapat banyak kertas yang terdapat tulisan dari Al-Quraan dilonggokkan di kedai barang lupus (besi buruk).... antaranya kertas ujian PMR yang padanya terdapat petikan dari ayat-ayat Al-Quraan.
Saya menggesa pihak yang berkenaan terutama Jabatan Agama dan majlis fatwa perlu membuat keputusan mengenai perkara ini. Antara perkara yang perlu diperjelaskan adalah:

- Hukum penulisan ayat Al-Quraan sekiranya sukar untuk memeliharanya.
- Hukum dan cara melupuskan petikkan ayat Al-Quraan.
- Hukum dan cara menjaga segala bentuk petikkan ayat Al-Quraan sama ada dalam bentuk lembaran, buku kecil, majalah, hiasan atau apa juga bentuk penulisan.
Perkara ini perlu diperjelaskan bagi mengelak salah faham dan keresahan dikalangan masyarakat. Berapa banyak lagi kes-kes seumpama ini berlaku dan apa tindakkan kita?
No comments:
Post a Comment