Wednesday, March 26, 2008

Jamuan Rakyat

Jamuan rakyat yang berlangsung pada 23 Mac 2008 di Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding telah berlangsung dengan meriah dan sambutan yang di luar dugaan. Mereka yang hadir dari kepimpinan masyarakat tempatan, Melayu, India, Cina, penyokong, peminat dan 'lawan' turut bersama-sama meraikan kemenangan rakyat. Satu sejarah apabila PAS dapat menggunakan dewan orang ramai sebagai tempat majlis dilangsungkan.

Ucapan dari orang kuat MTD Dusun Tua. YB Ahli Perlimen Hulu Langat dengan ucapan yang ringkas tetapi cukup bermakna. Sudah sampai waktu makan.

Ucapan bekas calon Dun Dusun Tua. Kalah bukan bermakna tidak boleh berkhidmat. Malah memberi semangat untuk berkerja dengan lebih kuat lagi.Pesanan dari YDP Pas. Berkerjalah dengan ikhlas tanpa mengira kaum, agama dan parti. Jika tidak jangan marah kalau ditukar. Satu amanat dan juga amaran kepada pemimpinan masyarakat. Amanah untuk berkhidmat bukan mencari keuntungan. Di luar dewan pun ramai....
Antara wajah-wajah yang menaruh harapan.... Jangan lupa janji untuk 'Buka Jalan' akan terus dituntut oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras.
Yang diraikan rakan dari kaum India. Antara yang berkerja keras untuk memenangkan calon PAS.Sahabat dari Cheras..... membuka jalan kemenangan.
Dewan yang dipenuhi oleh hadirin dari jauh dan dekat.Satu penghargaan yang tak terhingga kepada orang yang telah banyak berkorban masa, tenaga, fikir dan wang ringgit demi mengangkat hasrat dan harapan rakyat yang menggunung. Terima kasih diucapkan kepada Pengarah MTD Sdr Mohd Jan Sulong. Terima kasih ikhlas dari seorang sahabat.

Monday, March 24, 2008

Pra Jamuan Rakyat DUN Dusun Tua + Parlimen Hulu Langat

Salam..

Sebahagian daripada para petugas MTD dan Unit Amal yang telah menyumbang tenaga untuk sama-sama bergotong-royong menjayakan program Jamuan Rakyat 23 Mac 2008 Ahad yang cukup bersejarah ini. Menarik, ia bukan hanya di DUN Dusun Tua sahaja bahkan meliputi semua kawasan DUN dan Parlimen di Selangor. Tarikh dan masa yang sama, Jamuan Rakyat Parlimen Ampang juga bertempat di lokasi bersejarah, Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang. Dewan yang cukup sinonim dengan UMNO akhirnya telah dapat ditembusi oleh seluruh warga rakyat Ampang khususnya.

Agenda tumbang lembu setelah penat bersama rakyat menumbangkan kerajaan utuh BeEnd di dalam PRU-12 yang lalu:









Agenda pembersihan, pra pembersihan korupsi dan penyelewengan di bumi Selangor... mematahkan segala usaha menidakkan harapan rakyat melihat Selangor kembali bersih, adil, amanah dan berkebajikan:











Tiada siapa menyangka, Dewan Orang Ramai Taman Seri Nanding ini akhirnya menjadi tumpuan rakyat meraikan majlis bersama pimpinan BA pilihan Rakyat Selangor:







Friday, March 21, 2008

Jamuan rakyat di mana-mana...

Sekitar Jamuan Rakyat & Kesyukuran PRU-12
PAS Cawangan Kg Jawa & PKR Pekan Batu 18 Hulu Langat..





Wednesday, March 19, 2008

JAMUAN RAKYAT, KESYUKURAN PRU-12

Salam..

Kepada semua pendokong dan penyokong Barisan Alternatif PAS, PKR dan DAP. Juga kepada seluruh sahabat pendokong dan penyokong BN, UMNO, MCA, MIC serta lain-lain parti komponen. Tidak lupa juga kepada semua teman-teman pengundi bijaksana dan Rakyat Malaysia tidak kira di dalam dan di luar Hulu Langat.

Semua diundang hadir ke majlis Jamuan Rakyat dan Kesyukuran sempena Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Butiran lanjut majlis:

Tarikh : 23 Mac 2008 (Ahad)
Lokasi : Dewan Orang Ramai Taman Seri Nanding Hulu Langat
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Anjuran : Ahli Parlimen Hulu Langat dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Dusun Tua
Tetamu VIP : YAB Menteri Besar Selangor dan pimpinan utama BA

Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk menerima kunjungan semua pihak dari segenap lapisan rakyat terutamanya di Parlimen Hulu Langat dan di DUN N-23 Dusun Tua ini.

Semoga kehadiran dan pertemuan kita di majlis ini akan menghidupkan ukkhuwwah persaudaraan dan memperteguhkan jalinan ikatan kita antara pimpinan dan rakyat untuk kita bersama-sama merealisasikan cita-cita perjuangan menegakkan hak dan keadilan di Negeri Selangor yang tercinta ini.

Ahlan wa Sahalan, wa Marhaban Bikum..
insya Allah berjumpa kita di majlis jamuan rakyat nanti..

Monday, March 17, 2008

Audit Pilihanraya : Selangor

Bahagian ke dua ini saya akan memberikan laporan ringkasan audit bagi menilai perjalanan PRU12 di Selangor. Kaedah yang saya gunakan ialah dengan membandingkan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat parlimen dan DUN dibawahnya. Secara dasarnya semua orang yang mengundi parlimen akan mengundi DUN juga (1 undi parlimen dan 1 undi DUN). Oleh itu jumlah kertas undi parlimen mestilah sama dengan jumlah kertas undi di peringkat DUNnya. Jumlah kertas undi dikira dengan menjumlahkan undi BN + BA + Undi Rosak + Kertas tidak dikembalikan.

Ringkasan laporan audit adalah seperti berikut:

P.92-SABAK BERNAM Parlimen 23,581

DUN 24,076

Beza 495



P.93-SUNGAI BESAR Parlimen 27,927

DUN 27,927

Beza 0



P.94-HULU SELANGOR Parlimen 47,845

DUN 47,937

Beza 92



P.95-TANJONG KARANG Parlimen 29,052

DUN 29,051

Beza 1



P.96-KUALA SELANGOR Parlimen 37,671

DUN 37,672

Beza 1



P.97-SELAYANG Parlimen 60,920

DUN 61,251

Beza 331



P.98-GOMBAK Parlimen 75,619

DUN 75,069

Beza 550



P.99-AMPANG Parlimen 51,097

DUN 51,094

Beza 3



P.100-PANDAN Parlimen 48,309

DUN 48,252

Beza 57



P.101-HULU LANGAT Parlimen 72,322

DUN 72,241

Beza 81



P.102-SERDANG Parlimen 76,236

DUN 76,230

Beza 6



P.103-PUCHONG Parlimen 59,317

DUN 59,316

Beza 1



P.104-KELANA JAYA Parlimen 58,625

DUN 58,628

Beza 3



P.105-PETALING JAYA SELATAN Parlimen 52,631

DUN 52,527

Beza 104



P.106-PETALING JAYA UTARA Parlimen 56,295

DUN 56,294

Beza 1



P.107-SUBANG Parlimen 65,861

DUN 65,869

Beza 8



P.108-SHAH ALAM Parlimen 58,361

DUN 58,356

Beza 5



P.109-KAPAR Parlimen 87,644

DUN Sementa menang tak tanding



P.110-KLANG Parlimen 59,323

DUN 59,934

Beza 611



P.111-KOTA RAJA Parlimen 57,323

DUN 57,336

Beza 13



P.112-KUALA LANGAT Parlimen 52,792

DUN 54,085

Beza 1,293



P.113-SEPANG Parlimen 49,137

DUN 49,138

Beza 1

Berdasarkan laporan di atas saya dapati hanya P.93-SUNGAI BESAR yang mempunyai jumlah undi diperingkat Parlimen dan DUN adalah sama. Undi di lain-lain tempat adalah meragukan dan boleh dipertikaikan. Adakah ini bermakna ada penipuan? Mungkin SPR boleh menjawab.

Kesimpulan : Kenapa kertas undi yang dikeluarkan diperingkat parlimen dan kesemua DUN dibawahnya berbeza?

  1. Ada pengundi hanya mengundi parlimen dan tidak DUN
  2. Ada pengundi hanya mengundi DUN dan tidak parlimen
Adakah ini boleh berlaku dalam proses biasa? Tentulah tidak kerana setiap orang yang mengundi akan mengundi satu di Parlimen dan satu di DUN. Tetapi kenapa ada perbezaan. Itu SPR kena jawab.

Apakah kesannya? Mungkin keputusan PRU12 diragui dan mungkin lebih teruk boleh dibatalkan.

Jafri Bin Md Amin, CISA


Friday, March 14, 2008

Alhamdulillah Semua Telah Selesai.

Alhamadulillah semua proses pembentukkan kerajaan telah selesai walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutamanya di Selangor and Perak. Walaupun proses angkat sumpah di Perak belum berlangsung, namun jaminan yang diberikan oleh Dr Syed Husin Ali tentunya melegakan semua pihak. Ada pengajaran yang berharga dapat sama-sama kita perolehi dalam kita mengharungi fasa pertama kemenangan ini. Salah satu yang utama ialah perlunya satu bentuk permuafakatan yang lebih kukuh diantara parti PAS, PKR dan DAP bagi menghadapi PRU13 nanti dan menghapuskan prasangka perkauman. Yang pastinya satu Barisan Rakyat yang kukuh adalah amat-amat diperlukan.

Kini satu lagi proses penerangan perlu berjalan dengan kadar segera dan mendesak. Suasana masyarakat masih lagi tak menentu. Pihak yang kalah akan cuba mewujudkan suasana tidak tenang dan syak wasangka diantara kaum. Kemenangan DAP menjadi modal utama mereka. Memandangkan media massa tidak menyebelahi kita maka kita perlu menggunakan segala jentera yang ada termasuk ceramah umum dan media tidak berkala.

Kemenangan DAP perlu diberi penjelasan dengan betul. Perlu di ingat bahawa kerusi yang dimenangi oleh DAP adalah semuanya dimenangi dengan menewaskan calon-calon dari MCA dan MIC. Ini bermakna kalau bukan DAP menang maka MCA atau MIC yang menang. Apa bezanya jika DAP yang menang. Kemenangan kerusi DAP banyak kerana perubahan mood pengundi mereka sedangkan pengundi Melayu masih tidak berubah dengan menyokong BN. Sedangkan sekiranya semua Melayu menyokong PAS sudah tentu kerusi PAS akan lebih banyak dan PAS akan mentadbir semua negeri yang dimenanginya. Oleh itu tidak timbul isu negara diperintah DAP.

Apa yang pasti masyarakat melihat kemenangan DAP dilihat kemenangan Cina sedangan kemenangan BN dilihat kemenangan Pak Lah. Oleh itu untuk membina persepsi yang lebih positif Barisan Rakyat perlu ditubuh bagi mengelakkan sentimen ini. Kaedah membina tanggapan yang positif ini amat perlu. Semoga kepimpinan tertinggi parti dapat membentuk pakatan yang lebih kukuh dengan seberapa segera. Saya berpendapat DSAI perlu mengerakkan usaha ini dengan seberapa segera kerana beliaulah orang yang paling sesuai.

Semoga berjaya.



________________
Deal stitched, all systems go in Perak
Mar 14, 08 12:04pm

The opposition has successfully averted an impasse after party leaders reached an amicable decision to reallocate the composition of the Perak state executive council posts last night.

PKR deputy president Dr Syed Husin Ali confirmed that the new composition will be six DAP, three PKR and one PAS to form the 10-person Perak state executive council.

Yesterday, PKR threatened to pull out from the Perak state administration on hearing that eight posts will go to DAP.

"In the spirit of sincere openness, we stress that the composition of the exco must reflect the composition of the population of Perak and represent the interests of all ethnic groups fairly," said Syed Husin in a statement yesterday.

Syed Husin said the new state government will also appoint a PKR representative to be one of its two senators.

More details will be revealed after the swearing-in of the new Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin from PAS.

Syed Husin also said that a second deputy MB post will be allocated to PKR. It is expected that Perak will follow Penang's example of naming two deputy MBs.

He added that the compromise was reached after both Perak and central leaders concluded their discussions last night.

Di sini kita akan bermula






Salam...

Setelah sekian lama akhirnya, suara dan penampilan pemimpin PAS telah berkumandang dan didengari semua terutamanya di DUN Dusun Tua ini. Buat julung-julung kalinya, malam tadi Khamis 13 Mac 2008 selepas Solat Maghrib telah diadakan majlis bacaan Yasin ahli jemaah Masjid Taman Seri Nanding bersama YB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat. Alhamdulillah majlis ini juga dipimpin bersama oleh Tuan Imam Masjid Tuan Haji Ibrahim dan al-Fadhil Ustaz Abdullah Arob yang juga merupakan Bendahari MTD Dusun Tua.

Di kesempatan ini juga menyaksikan Pengarah MTD Dusun Tua Sdr. Mohd Jan Sulong memberikan sedikit ucapannya terutama hal ehwal pembangunan insan dan dakwah yang akan diperkasakan demi melihat seluruh insan dan masyarakat di DUN Dusun Tua ini akan lebih makmur dan baik. Antara penjelasan beliau juga berkenaan dengan pengurusan dan pengisian masjid-masjid dan semua surau akan diperbaiki dan dipertingkatkan agar semua pihak terutamanya kaum Muslimin dapat mengambil manfaatnya yang mana sebelum ini telah digerhanakan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Seterusnya Mantan Calon PAS N-23 PRU-12 yang juga telah diangkat menjadi YB (Yang Berkhidmat) bagi rakyat DUN Dusun Tua memberikan sepatah dua katanya dengan memberikan harapan kepada seluruh masyarakat DUN ini untuk beliau terus komited menjalankan tugas membantu dan menolong masyarakat terutamanya setiap aduan dan kebajikan rakyat.

Semoga selepas terbentuknya kerajaan sah dari Barisan Alternatif di Negeri Selangor ini. Cahaya pencerahan akan terus menyinari kegemilangan ilmu Islam, Syariat islam dan seterusnya melahir serta membentuk masyarakat Islam yang lebih bertaqwa kepada Allah dan memanfaatkan amanah serta tanggungjawab Allah. Allahu'alam

Thursday, March 13, 2008

Lim Mohon Maaf

Terima kasih diucapkan di atas tindakkan Saudara Lim Kit Siang untuk menarik balik kenyataan dan arahan sebelum ini. Di harap ini akan menjadi pemangkin terhadap kebangkitan rakyat yang lebih besar pada PRU13.

Terima Kasih.
______________________________________
Lim apologises, DAP reps to attend ceremony
Mar 13, 08 10:49am
The crisis which developed yesterday over the appointment of a PAS menteri besar in a DAP-led Perak state assembly seemed to have been resolved today.

DAP stalwart Lim Kit Siang who rejected the appointment of a PAS candidate today apologised for any offence caused to the Perak royalty over his statement.

“My three-paragraph statement at 7pm last night that the DAP central executive committee emergency meeting on March 9 had not given approval for a PAS mentri besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak sultan and regent, both whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused," he said.

“The statement was on the party position at the time. There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement. Announcements of the latest position will be made.”

This was immediately followed by state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham who told Malaysiakini that whatever misunderstanding that occurred over the matter has been clarified.

He also said that all DAP elected representatives will attend the swearing in ceremony before the Sultan of Perak in Kuala Kangsar today at 4pm.

Yesterday, just hours after the Regent of Perak agreed to the appointment of Pasir Panjang state assemblyperson and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin as the menteri besar, DAP leader Lim Kit Siang threw a spanner in the works, stating that his party had not approved to the appointment.

Lim said that the party had only agreed to the appointment of a menteri besar from either the DAP or the PKR.

He also said that all 18 DAP state representatives would stay away from the swearing-in ceremony for Perak mentri besar scheduled tomorrow.

Ngeh and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi were the other two candidates who were in the running for the menteri besar post.

Palace released letter

Yesterday, after meeting the regent, Nizar, Ngeh and Jamaluddin told reporters that the regent had agreed with the appointment of Nizar as the menteri besar and that Ngeh would be the deputy menteri besar (1) and an Indian candidate from PKR to be the second deputy menteri besar.

Late last night, soon after Lim's statement was released, the Perak palace released the letter which stated that all three parties, including the DAP, had agreed to the decision of the sultan.

Ngeh’s clarification today comes as a welcome relief to some who were worried that Lim’s stand would cause severe rift among the opposition not just in Perak but nationwide.

Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.

Cabaran Besar Pakatan BA di Perak

Perkenan Sultan di atas perlantikkan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang baru adalah satu cabaran yang paling besar bagi DAP dan pakatan BA di perak. Dengan kemenangan DAP (18 kerusi), PKR (7) dan PAS (6), DAP dilihat secara logik mempunyai asas yang kuat untuk menuntut jawatan MB yang baru. Tetapi dari sudut undang-undang tubuh negeri, ia hanya mengizinkan MB dari kalangan orang Melayu Islam sahaja. Oleh kerana DAP tiada calon Melayu maka DAP hilang kelayakkan dan PKR dan PAS mendapat peluang tersebut. Dalam konteks negeri Perak, kemenangan BN menguasai 28 kerusi juga perlu diambil kira oleh DAP, kematangan politik adalah amat-amat diperlukan. Kegagalan pakatan BA untuk menyelesaikan kemelut ini bakal mengundang padah yang lebih besar terutama sekali pada PRU13 akan datang. Kita tentu masih ingat kisah kemenangan PAS di Terengganu.

Sekalung tahniah kepada kepimpinan DAP di peringkat negeri Perak di atas keterbukaan mereka dengan persepakatan yang dibentuk semasa mencalonkan wakil masing-masing. Mereka juga telah bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja yang diputuskan oleh kebawah duli tuanku. Inilah yang kami harapkan sebagai pendokong dan penyokong Barisan Rakyat. Malangnya kenyataan Lim Kit Siang telah menghancurkan harapan yang tinggi menggunung itu. Apakah yang beliau fikirkan. Adakah beliau berjuang untuk jawatan MB atau berjuang untuk rakyat? Adakah kerusi MB itu lebih utama dari kuasa memerintah Perak? Dimana logik pemikirannya? Adakah beliau tidak sedar yang beliau telah cuba menghina institusi Raja-Raja dengan memulaukan istiadat angkat sumpah petang ini? Menghina institusi raja adalah antara perkara yang amat sensitif bagi orang Melayu. Sedangkan orang Melayu telah baru sahaja mula berjinak untuk memangkah DAP di PRU12 yang telah lalu. Adakah DAP tidak sedar?

Mungkin beliau cuba memperlihatkan ketegasannya; tetapi biarlah bertempat. Beliau perlu ingat sekiranya DAP dan PKR cuba menafikan peranan PAS dengan meletakkan PAS sebaris dengan BN (pembangkang) maka secara tidak langsung gabungan BN dan PAS mempunyai lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dan PKR. Dimana logiknya sifir Lim Kit Siang ini?

Saya berharap kepimpinan tertinggi parti PAS, PKR dan DAP dapat menyelesaikan kecelaruan ini segera, sebelum majlis angkat sumpah berlangsung petang ini. Kegagalan perkara ini ditangani dengan bijak akan mengakibatkan peluang BA menguasai Parlimen dan negara pada PRU13 akan musnah.


MENCARI MANDAT BUKAN BEREBUT KUASA.

Tuesday, March 11, 2008

Audit Pilihanraya

Sempena pilihanraya ke 12 yang telah lalu saya telah menjalankan audit mudah untuk mengenalpasti ketelusan keputusan pilihanrayaa. Berikut adalah keputusan berdasarkan dua kawasan parlimen yang di pilih. Satu parlimen panas iaitu P.131-REMBAU NEGERI SEMBILAN dan semua DUN dibawahnya dan satu lagi pasti BN menang iaitu P.148-AYER HITAM JOHOR serta semua DUN dibawahnya.

Analisa yang dibuat adalah seperti berikut:

P.131-REMBAU

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN

PKR

20,779

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR

BN

26,525

JUMLAH PEMILIH :

62,896

KERTAS UNDI DITOLAK :

1,086

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

48,901

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

511

PERATUSAN PENGUNDIAN :

77.75%

MAJORITI :

5,746

N.25 - PAROI

MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI

PAS

9,423

ZAHARUDIN BIN MOHD SHARIFF

BN

8,316

JUMLAH PEMILIH :

23,060

KERTAS UNDI DITOLAK :

299

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

18,076

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

38

PERATUSAN PENGUNDIAN :

78.39%

MAJORITI :

1,107

N.26 - CHEMBONG

ZAIFULBAHRI BIN IDRIS

BN

7,017

ZAKARIA BIN DAHLAN

PAS

2,944

JUMLAH PEMILIH :

12,997

KERTAS UNDI DITOLAK :

175

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

10,155

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

19

PERATUSAN PENGUNDIAN :

78.13%

MAJORITI :

4,073

N.27 - RANTAU

AISAH BINTI LAMSAH

PKR

3,956

MOHAMAD BIN HAJI HASAN

BN

7,739

JUMLAH PEMILIH :

15,124

KERTAS UNDI DITOLAK :

271

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

12,216

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

250

PERATUSAN PENGUNDIAN :

80.77%

MAJORITI :

3,783

N.28 - KOTA

AZHAR BIN IBRAHIM

PAS

2,665

AWALUDIN BIN SAID

BN

6,278

JUMLAH PEMILIH :

11,715

KERTAS UNDI DITOLAK :

244

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

9,199

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

12

PERATUSAN PENGUNDIAN :

78.52%

MAJORITI :

3,613

Perbandingan telah dibuat antara kertas undi yang dikeluarkan untuk parlimen P.131 Rembau dan N.25 Paroi N.26 Chembong N.27 Rantau N.28 Kota dan keputusannya ialah:

Kertas undi yang dikeluarkan di P.131 Rembau ialah : 48,901 kertas undi

Sementara N.25 Paroi + N.26 Chembong + N.27 Rantau + N.28 Kota : 49,646 kertas undi

Perbezaan kertas undi di peringkat parlimen dan DUN adalah : 745 kertas undi

Kita lihat pula di Johor.

P.148-AYER HITAM

WEE KA SIONG

BN

20,230

HUSIN BIN SUJAK

PAS

6,321

JUMLAH PEMILIH :

34,805

KERTAS UNDI DITOLAK :

907

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

27,488

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

30

PERATUSAN PENGUNDIAN :

78.98%

MAJORITI :

13,909

N.19 - YONG PENG

NG LAM SWA

DAP

5,571

LIM KEE MOI

BN

8,064

JUMLAH PEMILIH :

18,328

KERTAS UNDI DITOLAK :

490

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

14,134

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

9

PERATUSAN PENGUNDIAN :

77.12%

MAJORITI :

2,493

N.20 – SEMARANG

SAMSOLBARI BIN JAMALI

BN

10,180

ALLIAR @ ILYAS BIN A. BAKAR

PAS

2,866

JUMLAH PEMILIH :

16,477

KERTAS UNDI DITOLAK :

287

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

13,354

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

21

PERATUSAN PENGUNDIAN :

81.05%

MAJORITI :

7,314

Kertas undi yang dikeluarkan di P.148 Ayer Hitam ialah : 27,488 kertas undi

Sementara N.19 Yong Peng + N.20 Semarang ialah : 27,488 kertas undi

Perbezaan kertas undi di peringkat parlimen dan DUN adalah : 0 kertas undi

Persoalan : kenapa di Ayer Hitam tiada perbezaan undi sedangkan di Rembau terdapat perbezaan sebanyak 745 kertas undi. Adakah jumlah kertas undi diperingkat parlimen dan keseluruhan DUNnya berbeza (tidak selaras)? Atau ada pengundi yang hanya mendapat kertas undi Parlimen tetapi tidak kertas undi DUN atau sebaliknya. Sama-sama kita fikirkan.

Jafri Md Amin, CISA