Salam..
Kepada semua pendokong dan penyokong Barisan Alternatif PAS, PKR dan DAP. Juga kepada seluruh sahabat pendokong dan penyokong BN, UMNO, MCA, MIC serta lain-lain parti komponen. Tidak lupa juga kepada semua teman-teman pengundi bijaksana dan Rakyat Malaysia tidak kira di dalam dan di luar Hulu Langat.
Semua diundang hadir ke majlis Jamuan Rakyat dan Kesyukuran sempena Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Butiran lanjut majlis:
Tarikh : 23 Mac 2008 (Ahad)
Lokasi : Dewan Orang Ramai Taman Seri Nanding Hulu Langat
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Anjuran : Ahli Parlimen Hulu Langat dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Dusun Tua
Tetamu VIP : YAB Menteri Besar Selangor dan pimpinan utama BA
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk menerima kunjungan semua pihak dari segenap lapisan rakyat terutamanya di Parlimen Hulu Langat dan di DUN N-23 Dusun Tua ini.
Semoga kehadiran dan pertemuan kita di majlis ini akan menghidupkan ukkhuwwah persaudaraan dan memperteguhkan jalinan ikatan kita antara pimpinan dan rakyat untuk kita bersama-sama merealisasikan cita-cita perjuangan menegakkan hak dan keadilan di Negeri Selangor yang tercinta ini.
Ahlan wa Sahalan, wa Marhaban Bikum..
insya Allah berjumpa kita di majlis jamuan rakyat nanti..
No comments:
Post a Comment