Salam..
Sebahagian daripada para petugas MTD dan Unit Amal yang telah menyumbang tenaga untuk sama-sama bergotong-royong menjayakan program Jamuan Rakyat 23 Mac 2008 Ahad yang cukup bersejarah ini. Menarik, ia bukan hanya di DUN Dusun Tua sahaja bahkan meliputi semua kawasan DUN dan Parlimen di Selangor. Tarikh dan masa yang sama, Jamuan Rakyat Parlimen Ampang juga bertempat di lokasi bersejarah, Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang. Dewan yang cukup sinonim dengan UMNO akhirnya telah dapat ditembusi oleh seluruh warga rakyat Ampang khususnya.
Agenda tumbang lembu setelah penat bersama rakyat menumbangkan kerajaan utuh BeEnd di dalam PRU-12 yang lalu:
Agenda pembersihan, pra pembersihan korupsi dan penyelewengan di bumi Selangor... mematahkan segala usaha menidakkan harapan rakyat melihat Selangor kembali bersih, adil, amanah dan berkebajikan:
Tiada siapa menyangka, Dewan Orang Ramai Taman Seri Nanding ini akhirnya menjadi tumpuan rakyat meraikan majlis bersama pimpinan BA pilihan Rakyat Selangor:
No comments:
Post a Comment