Monday, March 17, 2008

Audit Pilihanraya : Selangor

Bahagian ke dua ini saya akan memberikan laporan ringkasan audit bagi menilai perjalanan PRU12 di Selangor. Kaedah yang saya gunakan ialah dengan membandingkan jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat parlimen dan DUN dibawahnya. Secara dasarnya semua orang yang mengundi parlimen akan mengundi DUN juga (1 undi parlimen dan 1 undi DUN). Oleh itu jumlah kertas undi parlimen mestilah sama dengan jumlah kertas undi di peringkat DUNnya. Jumlah kertas undi dikira dengan menjumlahkan undi BN + BA + Undi Rosak + Kertas tidak dikembalikan.

Ringkasan laporan audit adalah seperti berikut:

P.92-SABAK BERNAM Parlimen 23,581

DUN 24,076

Beza 495



P.93-SUNGAI BESAR Parlimen 27,927

DUN 27,927

Beza 0



P.94-HULU SELANGOR Parlimen 47,845

DUN 47,937

Beza 92



P.95-TANJONG KARANG Parlimen 29,052

DUN 29,051

Beza 1



P.96-KUALA SELANGOR Parlimen 37,671

DUN 37,672

Beza 1



P.97-SELAYANG Parlimen 60,920

DUN 61,251

Beza 331



P.98-GOMBAK Parlimen 75,619

DUN 75,069

Beza 550



P.99-AMPANG Parlimen 51,097

DUN 51,094

Beza 3



P.100-PANDAN Parlimen 48,309

DUN 48,252

Beza 57



P.101-HULU LANGAT Parlimen 72,322

DUN 72,241

Beza 81



P.102-SERDANG Parlimen 76,236

DUN 76,230

Beza 6



P.103-PUCHONG Parlimen 59,317

DUN 59,316

Beza 1



P.104-KELANA JAYA Parlimen 58,625

DUN 58,628

Beza 3



P.105-PETALING JAYA SELATAN Parlimen 52,631

DUN 52,527

Beza 104



P.106-PETALING JAYA UTARA Parlimen 56,295

DUN 56,294

Beza 1



P.107-SUBANG Parlimen 65,861

DUN 65,869

Beza 8



P.108-SHAH ALAM Parlimen 58,361

DUN 58,356

Beza 5



P.109-KAPAR Parlimen 87,644

DUN Sementa menang tak tanding



P.110-KLANG Parlimen 59,323

DUN 59,934

Beza 611



P.111-KOTA RAJA Parlimen 57,323

DUN 57,336

Beza 13



P.112-KUALA LANGAT Parlimen 52,792

DUN 54,085

Beza 1,293



P.113-SEPANG Parlimen 49,137

DUN 49,138

Beza 1

Berdasarkan laporan di atas saya dapati hanya P.93-SUNGAI BESAR yang mempunyai jumlah undi diperingkat Parlimen dan DUN adalah sama. Undi di lain-lain tempat adalah meragukan dan boleh dipertikaikan. Adakah ini bermakna ada penipuan? Mungkin SPR boleh menjawab.

Kesimpulan : Kenapa kertas undi yang dikeluarkan diperingkat parlimen dan kesemua DUN dibawahnya berbeza?

  1. Ada pengundi hanya mengundi parlimen dan tidak DUN
  2. Ada pengundi hanya mengundi DUN dan tidak parlimen
Adakah ini boleh berlaku dalam proses biasa? Tentulah tidak kerana setiap orang yang mengundi akan mengundi satu di Parlimen dan satu di DUN. Tetapi kenapa ada perbezaan. Itu SPR kena jawab.

Apakah kesannya? Mungkin keputusan PRU12 diragui dan mungkin lebih teruk boleh dibatalkan.

Jafri Bin Md Amin, CISA


No comments: