8th March 2008 : The Judgment Day
Hari ini adalah hari terakhir untuk parti-parti politik yang bertanding berkempen bagi meraih sokongan. Tepat pukul 12 tengah malam nanti semua aktiviti kempen dan memasang poster akan tamat. Hari Sabtu 8 Mac 2008 adalah hari penentuan bagi mengesahkan hala tuju politik negara ini. Adakah kita menuju kearah negara berkebajikan, kemuflisan, kemelaratan, kebobrokkan atau kehancuran. Pengundi DUN Dusun Tua, Parlimen Hulu Langat dan seluruh penggundi di negara ini akan membuat pilihan sama ada PAS, Keadilan, DAP atau BN.
Begitu banyak janji politik ditabur oleh semua pihak, janji manakah yang diterima oleh pengundi. Adakah penduduk Dusun Tua percaya bahawa sekolah agama Taman Sri Nanding akan dibina? Bila kita lihat papan tanda projek tidak pula menandakan tarikh projek akan siap? Adakah ianya akan dibuat atau satu lagi projek pembohongan UMNO/BN.
Apakah jaminan bahawa pengundi mendapat maklumat yang adil dan tepat. Setelah seluruh media tempatan dipergunakan oleh BN bagi menghentam dan memburuk-burukan lawan (PAS, Keadilan, DAP dll.) tanpa memberi ruang sedikitpun kepada parti lawan untuk menjawab segala tohmahan itu. Ruang sedikit yang tinggal ini pun dihalang dengan pelbagai ugutan dan alasan. Malam tadi, bertempat di tapak pasar tani Batu 14 Hulu Langat, kita dipertontonkan oleh aksi 'orang utan' yang menghalang program penerangan yang dibuat oleh PAS. Walaupun permit telah dikeluarkan tetapi itu bukan jaminan bahawa majlis akan berlangsung tanpa halangan dan gangguan. Polis yang mengeluarkan permit pun gagal melakukan apa-apa. Bukan setakat gagal menghalang UMNO dari terus menghemburkan kata-kata kesat kepada PAS tetapi juga gagal mempertahankan permit yang telah mereka dikeluarkan sendiri.
Inilah gambaran wajah dan masa depan negara yang kita cintai ini. Apabila berhadapan dengan UMNO tiada badan atau penguat kuasa yang mampu berbuat apa-apa. Apakah ini yang rakyat mahukan? Negara ini bakal menjadi negara mafia dan mengamalkan undang-undang rimba. Siapa yang kuat dialah yang berkuasa. Ini undang-undang rimba/hutan. Ianya hanya boleh dan layak digunakan di hutan sahaja. Benarlah kata TG Nik Aziz yang mengatakan bahawa "Yang kita bimbang ialah kita berhadapan dengan orang utan". Kalau kita melayan provokasi mereka kita pun boleh dipanggil orang utan sama.
Penyelesaian kepada konfik dan kekalutan ini adalah kita kenalah bersama-sama BUANG UMNO dan BUANG BN ke tong sampah pada hari mengundi nanti. Kita tukar dan kita pangkah PAS, Keadilan atau DAP. Selagi rakyat tidak ada kesungguhan untuk berubah kita akan terus ditadbir menggunakan dua sistem iaitu perlembagan negara dan sistem rimba UMNO. Sebagaimana yang kita maklum, sistem rimba ini akan mendapat tempat di kalangan pemimpin UMNO/BN dan terus dipertahankannya.
Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Pak Lah untuk membentuk negara yang Aman, Makmur dan Sejahtera. Adakah Pak Lah nak BOHONG lagi. Tidak cukupkah berbohong satu hari sebelum pembubaran parlimen? Adakah rakyat negara ini mahu ditadbir oleh perdana menteri yang pembohong ini? Apabila Pak Lah mula cakap bohong, SPR pun ikut sekali berbohong mengenai peraturan matikan setem di borang 5 dan 5A dan yang terbaru ialah penggunaan dakwat penanda bagi mereka yang telah menggundi.
Tidak pernah kita melihat sejarah pilihanraya yang seburuk ini. Segala jentera kerajaan, ahli korporat dan samseng UMNO bertindak sesuka hati, seumpama negara ini diperintah oleh Al-Capone Raja Dadah dan ketua gangster yang ditakuti. Mungkin Pak Lah kini layak dipanggil Pal Lah Al Capone dan bukan lagi Al Hadari.
Pak Lah mendakwa bahawa Anwar tidak lagi releven, tetapi kenapa Pak Lah berhabis-habisan mengutuk dan menyerang Anuar di media dalam semua ceramah beliau. Apakah Pak Lah bohong lagi. Pak Lah sebenarnya terlalu bimbang dengan situasi dan suasana penggundi sekarang. Majoriti penggundi telah menerima pelbagai maklumat dari pelbagai sumber. Akibatnya kesedaran penggundi bertambah tinggi. Inilah antara sebab kenapa penduduk cina di Suntex berani membuka bilik gerakkan PAS. Bukan sahaja di Hulu Langat, bahkan fenomena ini berkembang di seluruh negara.
UMNO dan BN kini berada didalam keadaan terdesak. Akibatnya, walaupun kedua-dua calon DUN Dusun Tua Mohd Sany Hamzan (PAS) dan Ismail Sani(BN - UMNO tidak bertanding) membesar di persekitaran yang sama dan sekolah yang sama, ia tidak menjanjikan pilihan yang bebas dan adil. Oleh kerana negara dipimpin oleh ketua mafia maka seluruh jentera pilihanrayanya akan mengamalkan gerak kerja ala-mafia.
Kini Mat Rempit telah mendapat tempat yang tinggi di dalam UMNO. Apabila Mat Rempit bersama UMNO, mereka akan dilindungi oleh 'Big Brother' mereka iaitu Ketua Putera dan Pemuda UMNO. Marilah kita berfikir jauh sedikit, dimanakah kedudukan Mat Rempit ini sekiranya UMNO/BN menang lagi kali ini. Saya yakin dan percaya pihak polis tidak akan mampu lagi mengekang Mat Rempit ini kerana Putera UMNO telah terhutang budi dengan Mat-Mat Rempit ini. Mat Rempit akan bermaharajalela dijalanraya dan jaminan perlindungan oleh Pegerakkan Rempit UMNO. Pada UMNO rempitlah asalkan menyokong UMNO.
Sanggupkah kita melihat generasi muda ini hancur dan rosak ditangan UMNO. Hilang agama, hilang jati diri, hilang maruah dan hilang pedoman. Yang pastinya apabila semua ini berlaku barulah mereka panggil Mufti, Ulma' dan Parti PAS untuk menyelesaikan masalah ini. Apa nak buat lagi UMNO telah terhutang budi dengan Mat Rempit. Tunggulah masanya.....
Saya yakin dan percaya sekiranya orang UMNO sendiri sedar tentang perkara ini dan berfikiran terbuka. Nescaya mereka juga takut untuk menggundi BN. UMNO telah mengkhianati perjuangan datuk nenek kita. UMNO telah menjual maruah bangsa melayu dengan harga yang murah bahkan UMNO tidak bimbang bangsanya hancur demi menjamin kelangsungan kuasa politik mereka. Membujur lalu melintang patah.
Sekiranya selepas ini harga minyak naik, tol naik, susu naik, beras naik, gula naik, telur naik, ayam naik, sayur naik, daging naik, ikan naik, cukai naik dan semuanya naik saya akan tuntut penggundi BN. Demi anak bangsa saya, saya akan TUNTUT percayalah. Sabar itu ada hadnya. Jangan sampai pijak kepala orang.
Esok adalah hari perhitungan. Negara apakah yang kita semua mahukan. Ambilah pesanan ini: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”
(An-Nisaa’ : 58).
Selamat mengundi dan selamat menukar kerajaan kepada yang labih baik dan berkebajikan.
UNDILAH PAS UNTUK NEGARA BERKEBAJIKAN
.
No comments:
Post a Comment