Monday, March 3, 2008

Kempen BN di Indah Jaya

Sekali sekala ada baiknya kita cuba mendengar apa yang cuba diperkatakan oleh calon lawan bagi membuat perbandingan dan memantapkan kempen kita.

Ceramah malam tadi itu diadakan bersebelahan bilik gerakkan BN bermula sekitar jam 9.30 malam. Saya tidak pasti ceramah tertutup atau umum kerana tiada makluman atau hebahan dibuat. Yang hadir majoritinya adalah wanita. Saya sempat mengikuti ceramah sambil minum teh di gerai sebelah.

Ceramah dari wakil calon tidak dapat saya ikuti kerana saya menghadiri majlis tahlil penduduk. Tetapi maklumat dari ketua UMNO cawangan Indah Jaya beliau banyak menyentuh dan memberi motivasi kepada penduduk.

Ceramah Ismail pula banyak berkisar tentang memperkenalkan diri beliau dan janji beliau iaitu untuk mengadakan lampu jalan dan berjanji untuk menjadi pemimpin yang baik. Tiada menifesto dan tiada janji pilihanraya. Masalah penduduk hanya akan dibincangkan selepas beliau menang. Itupun kalau beliau menang.

Hasrat beliau untuk menjadi pemimpin yang baik tidak jelas dan mungkin tiada kayu pengukur untuk menilai. Adakah beliau menggunakan Islam, adat atau nafsu ukurannya? Beliau juga menyentuh tentang undi PAS masuk syurga dan undi BN masuk neraka. Tiada hujah yang diberikan untuk menafikan tanggapan itu atau menyokongnya. Tanpa ilmu manusia akan sesat dan menyesatkan orang lain. Syurga dan neraka adalah hak Allah. Jalan ke syurga itu adalah jelas dan jalan ke neraka juga jelas. Yang tak jelas adalah perjuangan UMNO itu sendiri. Ia untuk rakyat atau untuk kroni. Ataupun untuk rakyat sikit-sikit dan banyak-banyak untuk kroni?

Masalah penduduk sekitar yang masih belum selesai dan tidak dibincangkan:

1. Taman permainan kanak-kanak yang tidak mencukupi. Sekitar taman Titiwangsa, Indah Jaya dan kampung kenangan berkongsi taman permainan di padang awam Taman Titiwangsa. Nisbah kanak-kanak yang tidak padan dengan kemudahan.

2. Gerai projek 'belia 4B' yang masih tidak dibuka untuk manfaat belia dan penduduk sekitar.

3. Pondok RELA yang terbiar dan membazir. Ia mungkin boleh dipindahmilik kepada persatuan penduduk untuk pusat aktiviti atau dijadikan kedai koperasi atau lain-lain yang lebih bermanfaat.

4. Penduduk asal Taman Indah Jaya (tanah lot) masih tidak menikmati khidmat pungutan sampah. Akibatnya ada kalangan penduduk membuang sampah di selekoh masuk Taman Indah Jaya. Ini menyebabkan kadang-kala ada bau yang tidak menyenangkan.

Ismail juga ada mengatakan bahawa beliau ada berkunjung ke Bandar Mahkota Cheras untuk bertemu penduduk. Sedangkan pada pagi semalam tiada wakil dari BN yang hadir untuk mendengar masalah rakyat dan menandatangi dikelarasi penduduk yang menuntut pembukaan jalan keluar ke persimpangan Bandar Tun Hussin Onn yang melibatkan semua calon yang bertanding.

Mungkin ini boleh kita manfaatkan untuk di dedahkan kepada masyarakat semasa PAS berkempen.


UNTUK MASUK SYURGA UNDILAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM

No comments: