Friday, February 13, 2009

2 Bukit : Penaman Calon & Pembuangan Undi

Jelas keputusan SPR untuk mengadakan PRK 2 Bukit ini pada 7 April 2009 adalah untuk memberikan kelebihan kepada UMNO/BN. Tarikh itu adalah tarikh dipenghujung menurut undang-undang yang mengkehendaki pilihanraya perlu dibuat dalam masa 60 hari selepas kerusi dikosongkan. Oleh kerana perletakkan ADUN Bukit Selambau disahkan kosong pada 8/2/2009 maka 60 hari adalah jatuh pada 9/4/2009, oleh itu tarikh yang paling selamat adalah 7/4/2009.

Situasi semasa dan bancian Merdeka Center menunjukkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya dibuat dalam masa terdekat. Oleh itu untuk memberi kelebihan kepada UMNO/BN maka PRK dibuat semaksimum yang boleh. Dengan harapan Melayu mudah lupa dan hangat-hangat tahi ayam orang Melayu menjadi kenyataan.

Kesimpulannya PR akan berhadapan seluruh jentera dari SPR, Polis, Kementerian Penerangan, Kementerian Dalam Negeri, Media Cetak, Radio, TV, Menteri Kabinet, 'Ustaz', Penasihat Agama, 'Mufti' dll.

Bersedialah untuk satu pertembungan terhebat di dekad ini. Dan saksikanlah satu pilihanraya yang paling berat sebelah yang akhirnya dimenangi oleh PR. Insyallah.

Kesebaran,Istikomah dan tawakal kepada Allah. Kemenangan sedang menunggu.
______________________


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Selambau, V. Arumugam sebagai sah, sekali gus mengadakan dua pilihan raya kecil serentak awal April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan semua dokumen berkaitan peletakan jawatan itu, yang diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, adalah sah dan tidak wujud keraguan.

"Setelah meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah serta dokumen-dokumen yang dilampirkan bersama notis tersebut, selepas mendalaminya secara rapi setiap dokumen berkenaan serta maklumat-maklumat berkaitan dari Penasihat Undang-undang Negeri Kedah serta pandangan perundangan dari pihak Jabatan Peguam Negara, maka SPR dengan ini mengesahkan bahawa kerusi bagi bahagian pilihan raya Bukit Selambau, adalah kosong dan tarikh kekosongan berkuat kuasa pada 8 Februari 2009," katanya lagi.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Bukit Selambau dan kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April ini.

Tarikh penamaan calon pula diadakan 29 Mac.

Tempoh kempen adalah selama sembilan hari. Pilihan raya kecil ini diadakan hampir dua bulan selepas kekosongan wujud.

No comments: