Pada 15 Feb 2009 saya berkesempatan untuk mempengerusikan majlis taklimat dan dialog antara MPKj dengan penduduk Kg Kenangan Bt 18 di Sungai Makau berhampiran Taman Titiwangsa. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah Sdr Mat Jan, Sdr Sani dan wakil dari MPKj En Mahathir.
Tahniah kepada Ketua Kampung En Chong Huat kerana berjaya mengumpulkan hampir semua penduduk untuk hadir ke majlis tersebut tepat pada masa yang ditetapkan. Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan penduduk berpuashati dengan taklimat yang diberikan. Berikutan dengan itu pegawai dari MPKj akan datang semula pada 17 Feb 2009 untuk membuat bancian dan taksiran.
Hasil dari taksiran itu pihak MPKj akan menentukan jumlah cukai pintu yang perlu dibayar. Setarusnya MPKj akan melaksanakan tanggungjawab seperti mengutip sampah dan lain-lain tugas yang kini di lakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh penduduk. Sebelum MPKj mengambil alih tugas dari kontraktor yang dilantik oleh penduduk notis perlu dikeluarkan dan MPKj akan melaksanakan setelah semua proses ini selesai.
Saya juga mengambil kesempatan di majlis tersebut untuk mengajukan masalah kutipan sampah di Taman Indah Jaya (lot banglo) yang kami alami sejak berpindah lebih 10 tahun lalu kepada MPKj. En Mahathir telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dan dijangkakan satu majlis yang sama akan diadakan di Taman Indah Jaya pada bulan Mac 2009.
Diharapkan dengan adanya majlis-majlis seperti ini dapat mengenalpasti masalah penduduk dan menyelesaikan dengan kadar segera. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

No comments:
Post a Comment