Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.
sultan selangor sharafuddin idris shah 210508Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.
Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, lapor Bernama.
"Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.
"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Berikut ialah kenyataan penuh SultanSelangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk ela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul halid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha ulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada aginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).
Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat
bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.
Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.
Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor
1 comment:
Alhamdulillah, sultan selangor mengambil sikap bijak dan DYMM tuanku begitu perihatin dengan rakyaatnya..terutama kepada kerajaan pilihan rakyat yang diterajui oleh Dato menteri besar. rakyat muak kerana negara terlalu banyak politiking sedangkan ekonomi merundum. kepada kerajaan yang diterajui oleh PR teruskan usaha bagi menaiKkan ekonomi negeri masing2 jangan hiraukan salakan BEE END!
Post a Comment