Friday, February 20, 2009

Imuniti atau Kuasa Raja-Raja


Raja-Raja Melayu tidak perlukan imuniti......
Raja-Raja Melayu hanya perlu diberikan balik kuasa mereka yang telah lama hilang!
Raja-Raja Melayu perlu diberikan kuasa pemutus bagi menghalang orang Islam murtad!
Raja-Raja Melayu perlu mempunyai kuasa pemutus dalam penguatkuasaan artikel 153!
Raja-Raja Melayu perlu mempunyai kuasa khas bagi mengawal selia dan menambahbaik segala dasar-dasar berkaitan ekonomi dan sosio orang Melayu supaya terus kekal dan dipelihara!
Raja-Raja Melayu perlu menjadi ketua agama yang berkesan bagi melaksana dan mendokong agama Islam!
Raja-Raja Melayu perlu memastikan Islam tertegak, berdaulat dan dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan orang Islam.
Islam perlu memerintah dan bukan diperintah.

Adakah ini manusianya yang hendak mempertahankan Raja-Raja Melayu itu? Bila kena batang hidung sendiri baru nak berlindung di belakang Raja-Raja Melayu. Kalau tidak, bukan setakat tanah orang Melayu tergadai dibiarkan, bangsa dan agama dipijak pun buat-buat tak tahu.

Selamatkan Pulau Batu Putih, Kampung Baru, Pelentong, Wilayah Iskandar.......

No comments: