Monday, February 23, 2009

Negara belum 'Merdeka'?

Adakah negara kita masih belum lagi merdeka? Adakah kita masih tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman kita hingga perlu merujuk bekas penjajah kita? Adakah UMNO sengaja mahu mengaibkan rakyat Malaysia?

Kita mendakwa telah merdeka kenapa perlu lagi merujuk kepada London? Adakah kemerdekaan kita ini bersyarat? Bila kita telah merdeka sepatutnya kita bebas untuk mentadbir tanpa perlu merujuk kepada bekas penjajah.

UMNO telah mengaibkan rakyat, institusi kehakiman dan raja-raja Melayu. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa UMNO tidak mampu mentadbir negara. Sekiranya mereka, sebuah parti yang terbesar yang menguasai Parlimen dan sebahagian besar negeri-negeri perlu menghadap penjajah..... Apa lagi yang kita harapkan dari mereka ini.

Inilah contoh penderhaka yang tiada tolok bandingnya. Rakyat perlu hukum mereka. Dulu pulau Batu Putih telah dijual kepada Singapura.... kini maruah negara pula hendak digadainya.

___________________________________

Zambry, 4 Exco dapatkan panduan Peguam Diraja di London

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak.

Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.

Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.

No comments: