Wednesday, February 18, 2009

Pertahankan PPSMI, Hishamuddin 'keras kepala' - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub kesal dengan sikap 'keras kepala' Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien yang masih mempertahankan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam, Salahuddin menyatakan jawapan Hishamuddin yang terlalu mempertahankan PPSMI amatlah mengecewakan banyak pihak.

"Saya kesal dengan kenyataan Hishamuddin dan sikap beliau yang langsung tak dengar pandangan pelbagai pihak saya objektif dengan pandangan dan kajian Gapena, Perkasa dan tokoh-tokoh sasterawan negara A.Samad Said.

Sementara pada jam 10.00 pagi, Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

No comments: