Alhamdulullah program ceramah keluarga bahagia yang diadakan pada 1 Feb 2009 di Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kehadiran ibu bapa dan anak anak yang ramai menyebabkan tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi. Penganjur terpaksa menambah kerusi bagi memberi keselesaan kepada yang hadir.
Program dimulakan dengan ucapan pengarah projek dan penyerahan bantuan Pusat Zakat yang disampaikan oleh YB Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.
Walaupun penceramah yang dijemput tidak dapat hadir disebabkan ibu mertuanya sakit dan dimasukkan ke ICU, Ustazah Zawiyah Hassan (019-3983647) dari JAKIM telah dipanggil untuk menggantikan tempat beliau. Ustazah banyak membicarakan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dan kepentingan agama bagi membentuk peribadi yang luhur. Beliau juga menyingkap masalah sosial yang kian parah sehingga setiap hari ada sahaja anak muda mengadu mengandung anak luar nikah. Ini berpunca dari kejahilan anak-anak muda terhadap agama dan nilai hidup.
Mungkin ada ibu bapa yang tidak setuju kerana dipersalahkan dalam hal ini. Tetapi ibu bapa jugalah yang memilih pemimpin bagi membentuk persekitaran yang ada sekarang ini. Setelah lebih 50 tahun inilah pencapaian sampingan yang kita dapat. Sekiranya tidak dibendung sekarang ianya akan merebak dan membarah seterusnya menghancurkan sistem dan nilai hidup masyarakat kita.
Peranan semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi masalah sosial ini seterusnya membentuk sistem masyarakat yang lebih baik sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Program berjalan lancar dan tamat pada pukul 11 malam.
Gambar tiada kerana kamera saya masih belum diperbaiki. Mungkin ada sahabat yang boleh upload. Beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki adalah :

- Keadaan dewan yang kurang selesa disebabkan oleh suara yang bergema akibat struktur bangunan yang tidak menyerap bunyi. Mungkin ini dapat diatasi dengan memasang lapisan penyerap bunyi umpamanya papan lembut di dinding dalam bangunan.
- Bunyi kipas udara juga yang amat kuat, bising dan menganggu para hadirin.
Mungkin sedikit peruntukkan diperlukan bagi memperbaiki keadaan ini. Ini adalah perlu dalam menjadikan dewan ini lokasi yang lebih selesa bagi menganjurkan forum-forum di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment