Kes Altantuya: Nasib Azilah, Sirul 9 April
SHAH ALAM: Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didakwa membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bakal diketahui 9 April ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md Yasin hari ini membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan di akhir kes pembelaan selama dua hari.
Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Okt tahun lepas.
Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.
Tiada saksi lain yang dipanggil.
Azilah dan Sirul Azhar didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersamasama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup telah berhujah bahawa Azilah tidak dapat membuktikan alibi yang dia tidak berada di kawasan kejadian pada malam pembunuhan.
Katanya, Azilah juga tidak memanggil seorang saksipun untuk mengesahkan perkara tersebut.
"Kita diberitahu oleh tertuduh pertama sendiri yang dia berada di Wangsa Maju. Notis alibi yang termaktub di bawah Seksyen 402A Kanun Prosedur Jenayah menyatakan seseorang itu perlu tahu akan fakta alibi.
"Namun, atas sebab yang hanya diketahui tertuduh pertama, dia memilih untuk tidak memanggil orang yang dinamakan dalam P430 (teman wanita Azilah, Nur Azila Baharuddin) sebagai saksi.
"Hujah kami mudah sahaja itu kegagalan untuk memanggil saksi sebagai alibinya, tertuduh pertama telah hilang peluang untuk mewujudkan keraguan meunasabah terhadap kes pendakwaan," katanya.
Manoj juga berhujah keterangan bersumpah Azilah tercemar berikutan tidak konsisten, bercanggah dan tidak munasabah, sehinggakan, hanya satu kesimpulan boleh dibuat daripadanya iaitu tertuduh pertama hanya memutarbelitkannya.
"Tertuduh pertama berkata beliau tidak bertanya kepada Abdul Razak Abdullah kenapa wanita dan lelaki Cina itu mengugutnya. Dia juga berkata DSP Musa Safri tidak memberikan butiran kepadanya mengenai masalah yang dihadapi Abdul Razak Abdullah.
"Jadi kenapa tertuduh pertama tidak bertanya kepada Abdul Razak Abdullah 'ugut' itu mengenai apa? Tidakkah sebagai pegawai polis, dia mempunyai rasa ingin tahu mengenai perkara itu? Dengan segala hormatnya, hujah kami ialah keterangan tertuduh pertama di sini memang cukup luarbiasa," katanya.
Manoj berkata keterangan Azilah itu memang tidak mengejutkan atas dua alasan.
Pertamanya, katanya: "Tertuduh pertama mengaku semasa diperiksa balas yang dia mempunyai budi bicara untuk mengambil apa juga tindakan berhubung masalah dihadapi Abdul Razak dan bahawa Abdul Razak menyerahkan sepenuhnya kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu. BERNAMA

No comments:
Post a Comment