Sah Konvensyen Khas BN ditangguh
PETALING JAYA: Konvensyen khas Barisan Nasional (BN), salah satu daripada lima inisiatif Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri hujung bulan depan, ditangguhkan sehingga berakhirnya dua pilihan raya kecil awal April.
Konvensyen itu sebelum ini dijadualkan berlangsung bulan ini.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan keputusan untuk menangguhkan konvesyen tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada BN membuat persiapan rapi menghadapi dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.
Kedua-duanya akan berlangsung 7 April dengan penamaan calon 29 Mac.
"Kita bukan suka-suka untuk tangguhkan konvensyen, lewat kebelakangan ini banyak sangat pilihan raya kecil.
"Jadi Dewan Tertinggi BN telah memutuskan adalah lebih baik untuk menangguhkannya buat masa sekarang," kata beliau kepada mStar Online hari ini.

No comments:
Post a Comment