Telco setuju tangguh kuat kuasa cukai enam peratus prabayar
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) mudah alih bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan cukai enam peratus ke atas pengguna kad prabayar — ekoran tekanan pelbagai pihak sejak minggu lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, keputusan itu akan berkuat kuasa sementara perundingan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Katanya, opsyen untuk hanya mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pek permulaan sedang dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment