Sekarang ini ramai yang tunjuk pandai konon-konon mereka dalah pejuang negara dengan membuat laporan Polis terhadap Mat Sabu. Mereka menganggap orang yang menyokong Mat Sabu dan Mat Indra adalah pengganas dan penderhaka kepada kerajaan British. Mereka beranggapan bahawa kerajaan perlu dihormati dan ditaati. Tidak boleh ditentang. Mereka yang menentang boleh dianggap sebagai pemberontak @pengganas @pengkhianat negara.
Oleh sebab itu UmNo dan sekutunya mempertahankan bahawa tindakkan mereka yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong (Balai Polis British) adalah pengganas dan pemberontak. Mereka membuat pendirian bahawa mereka perlu mempertahankan kerajaan penjajah British. Mereka berpendirian bahawa kerajaan yang sah pada masa itu adalah kerajaan penjajah British. Meraka yang menentang kerajaan British adalah pengkhianat dan melakukan pemberontakkan terhadap kerajaan.
Namun pernahkan mereka ini terfikir bahawa tindakkan mereka membuat laporan polis terhadap Mat Sabu tersebut membuktikan bahawa mereka adalah penyokong kerajaan penjajah British. Dengan sokongan tersebut telah menjadikan mereka adalah talibarut penjajah. Kenapa tidak ada orang yang membuat laporan Polis terhadap tindakkan menyokong penjajah ini? Menyokong penjajah membuktikan mereka adalah pengkhianat terhadap Raja-Raja Melayu dan rakyat Tanah Melayu.
Jangan hanya kerana kita jahil (bodoh) sejarah maka kita ajak orang lain bodoh sama......
No comments:
Post a Comment