Inilah kaedah yang digunakan oleh UmNo untuk mengekang orang lain dari mengajar agama kepada masyarakat. Oleh kerana majoriti mereka ini jahil agama maka untuk mengelakkan orang yang mahir ilmu agama terutama dari PAS mengajar agama maka tauliah diperkenalkan.
Untuk mengelakkan UmNo dipandang jahil oleh masyarakat.... maka mereka menggunakan pendekatan kalau semua orang jahil ....macam mereka, maka orang tidak akan perasan yang UmNo itu jahil agama. Ingatlah disana ada perintah hadith Nabi SAW riwayat Imam Bukhari, Imam Ahmad dan Imam At-Tirmizi:
بَلِّغُوْا عَنيِّ وَلَوْ آيَةٍ
Sampaikanlah dariku walau satu ayat.
Macam mana nak mengembangkan dakwah kalau nak bercerita mengenai agama pun kena permit. Berbeza kalau nak meronggeng.... Sampai pagi pun tak ada siapa kisah.
Bukan salah membuat peraturan atau garispanduan supaya mereka yang berilmu sahaja mengajar. Namun bukan mengajar itu satu kesalahan.... tetapi sepatutnya mengajar perkara yang salah itu sebagai pelanggaran undang-undang. Janganlah kita memperbodohkan orang kerana ia hanya memperlihatkan kebodohan diri sendiri.
_______________________________
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.
Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."
Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.
Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.
Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.
"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.
Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.
Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa menjaga agama.
"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

No comments:
Post a Comment