Maka melalaklah selepas ini media UmNo disebabkan ketiadaan persepakatan perlaksanaan Hudud oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Namun ada beberapa yang masyarakat mungkin tidak faham:
- Hudud hanya boleh dilaksanakan apabila seluruh orang Melayu dan Islam menyokong perlaksanaannya. Suara majoriti mengatasi minoriti.
- Orang bukan Islam hanya menuntut setakat mana peruntukkan yang diputuskan oleh Perlembagaan negara.
- Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UmNo memilih untuk menghalang perlaksanaannya.
- DAP amat menjunjung tinggi Perlembagaan dan undang-undang negara. Oleh kerana Perlembagaan negara tidak membenarkan perlaksanaan hudud maka DAP akan mempertahankan perlembagaan tersebut. Sebab itulah Khairy (KJ) meminta supaya pindaan perlembagaan dibuat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
- Kerusi PAS di DUN dan Parlimen amat terhad, justru menghadkan suara dan permintaan dari diambil perhatian lebih serius.
- Sekiranya orang Melayu meninggalkan UmNo dan menyokong PAS maka suara PAS akan lebih kuat bagi mengangkat hasrat PAS untuk melaksanakan perintah Islam.
Untuk melaksanakan hudud... seluruh orang Melayu dan Islam perlu menyokong parti yang menyokong hudud.
No comments:
Post a Comment