Maka sekonyong-konyong media UmNo cuba mengheret rakyat dan mereka yang berjuang dengan mempertaruhkan jiwa dan raga demi mempertahankan negara tercinta semata-mata untuk mengaitkan PAS dengan fahaman komunis (dibaca PSM dan DAP). Tidak dinafikan akan ada mereka yang terpengaruh dengan dakyah dungu yang tidak masuk akal ini.
Persoalan yang perlu kita lihat dan fahami adakah Kanang anak Langkau dan pristiwa Bukit Kepong itu adalah sama? Pristiwa Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950 sedangkan pristiwa Tanah Hitam, Perak yang melibatkan Perwira Negara Kanang anak Langkau pada 19 Februari 1980. Satu sebelum merdeka dan satu lagi selepas merdeka.
Siapakah Kanang anak Langkau?
Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.
Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mengesan dan memusnahkan kumpulan komunis tersebut. Pasukan beliau telah bertembung dengan komunis dan satu pertempuran yang amat sengit berlaku. Beliau telah berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang sendiri ditembak sebanyak tiga kali namun terselamat.
Adakah munasabah media UmNo ini cuba membandingkan serangan Bukit Kepong dengan Kanang? Pada tahun 1950 Tanah Melayu masih dikuasai oleh British. Pada masa itu Polis dipimpin dan diketuai oleh British.... maka sesiapa yang berkerja untuk British adalah dikira sekutu British. Atau dalam bahasa mudah 'tali barut' orang putih. Kita simpati terhadap mereka yang terbunuh dalam pristiwa tersebut.... Namun adakah kita perlu mengiktiraf 'sekutu' British tersebut sebagai wira negara?
Dalam masa yang sama adakah kita patut mengiktiraf mereka yang menyerang sekutu British tersebut adalah wira negara? Marilah kita fikirkan dan kita nilai sendiri. Namun kalau ikut media UmNo mereka cuba memaksa rakyat mengiktiraf sekutu British tersebut sebagai wira negara.
Atas apa alasan sekalipun kita perlu menilai sejarah dengan lebih teliti dan berhemah. Jangan hanya kerana mereka Polis kita borong apa sahaja yang mereka buat adalah betul. Kita perlu melihat dengan prespektif dengan lebih luas dan lebih jelas.
No comments:
Post a Comment