Adakah apabila rakyat bangkit menentang British secara kekerasan dianggap sebagai pengganas, pemberontak, penderhaka, petualang bangsa? Apakah bila segelintir rakyat yang bertindak bersekongkol dengan penjajah British maka kita kata mereka ini pejuang negara?
Sekiranya setiap yang menentang British adalah pengganas dan pemberontak maka dimana hendak kita letak Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbung, Datuk Maharajalela, Dol Said, Rentap dll. Sedangkan mereka ini mengorbankan jiwa dan raga bagi membebaskan negara dari cengkaman British?
UmNo cuba mempertahankan polis yang berkerja dengan British dengan menghina pejuang yang berjuang untuk manghalau British dari Tanah Melayu.
Malu jadi orang Johor ada MB macam ni...... Adalah lebih baik diam dari bercakap sesuatu yang mengaibkan diri sendiri dan negeri Johor.
Persoalan : Apabila British menjajah, mereka mengambil Tanah Melayu dari Raja-Raja Melayu.... tetapi apabila memberi kemerdekaan.... kenapa British menyerahkan kepada UmNo?
Disinilah strategy British yang sangat berjaya dengan meletakkan Tunku Abdul Rahman sebagai PM. Maka seolah-olah Tanah Melayu dikembalikan kepada kesultanan Melayu.... Sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.
_________________________-
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

No comments:
Post a Comment