Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.
Tulisan buku itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."
Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.
"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."
Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.
"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.
Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."
Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk :
- 1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM
- Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
- Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan
- Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator
- Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi
- Pelantikan APCO
- Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah
- Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet
- Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui
- Tidak Tegas dan Flip Flop
- Manipulasi Media Yang Melampau
- Menjadikan Umno Kurang Melayu
- Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar
- Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah
- Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme
- Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu
- Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0
- Mansuhkan ISA Rugikan Melayu
- Terlalu Mengejar Populariti
No comments:
Post a Comment