Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka: Pemuda PAS batal demo

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ekoran pengharaman program Seksualiti Merdeka oleh pihak polis, Dewan Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketuanya Nasruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily malam ini.

"Ekoran pengisytiharan haram oleh pihak keselamatan itu, kita membatalkan hasrat membuat laporan polis dan mengadakan himpunan di seluruh negeri selepas solat Jumaat esok.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah mengambil tindakan sedemikian," katanya.

Pada satu sidang media petang tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadual akan diadakan pada 9 hingga 13 November.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas faktor menjaga ketenteraman awam ekoran bayak aduan yang telah diterima pihak mereka.

Sehubungan itu juga, Nasruddin menasihatkan penganjur program tersebut agar mematuhi arahan pihak polis tersebut.

Beliau juga mengingatkan, Dewan Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk terus mengadakan bantahan jika penganjur masih bertegas mahu melaksanakan program itu.

No comments: