Keselamatan
penduduk adalah diantara agenda utama kerajaan Pakatan Rakyat negeri
Selangor, penglibatan setiap pemimpin masyarakat dan angota keselamatan
sangatlah mustahak bagi memastikan hasrat murni kerajaan negeri
tercapai..bukan sekadar slogan semata-mata. Peningkatan kemasukan haram
warga asing menyumbang kepada pertambahan jenayah disesuatu tempat.
Tanpa kerjsama pasukan keselamatan seperti Pasukan RELA, KRT, Persatuan
Penduduk, Ahli Majlis (MPP) dan Pemimpin masyarakat setempat sudah tentu
kerja-kerja membasmi jenayah menjadi sukar. Alhamdulillah DUN Dusun
Tua, khususnya Pekan Bt14 sangat bertuah kerana anggota Balai Polis
Pekan Bt14 sangat perihatin dan sentiasa peka terhadap kehendak semasa.
No comments:
Post a Comment