Maka berkatalah orang 'Melayu ' ini dan menyeru orang Melayu supaya bersatu dan tidak berpecah agar tidak menjadi bangsa minoriti dan hilang kuasa. Cuma Tun M lupa menyeru supaya orang Melayu bersatu menyokong PAS agar kuasa dan suara orang Melayu semakin kuat.
Dalam keadaan penyokong UmNo hanyalah mereka yang berkepentingan dan mereka yang kekurangan maklumat ataupun mereka-mereka yang jahil maka sudah tiba masanya masyarakat berfikir dan merenung masa depan politik mereka.
Selama lebih setengah abad Malaysia merdeka dimanakah hendak dibawa orang Melayu. Orang Melayu yang dari sudut perlembagaan adalah orang Melayu yang mengamalkan cara hidup Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam sudah hilang jati diri dan hilang pertimbangan hidup.
UmNo yang selama ini diharapkan untuk membela orang Melayu tidak lebih hanya omong kosong dan kata-kata manis di setiap menjelang pilihanraya. Tetapi hakikatnya dimana orang Melayu pada masa ini:
- Di mana Bahasa Melayu?
- Di mana tanah rezab Melayu?
- Di mana kuota Melayu?
- Di mana biasiswa Melayu?
- Di mana usahawan Melayu?
- Di mana kampung Melayu?
- Di mana bandar Melayu?
- Di mana ilmuan Melayu?
- Di mana Keretapi Tanah Melayu?
- Di mana dana pembangunan Melayu?
- Di mana arah pendidikan Melayu?
Ini belum kita bincangkan Islamnya orang Melayu. Orang Melayu Islam ini hilang hak disebabkan oleh kegagalan UmNo:
- Mana bantuan Sekolah Agama Rakyat?
- Mana sekolah rendah Islam integrasi?
- Mana sekolah menengah Islam integrasi?
- Mana institusi pengajian tinggi agama Islam?
- Mana arah dibawa sekolah tahfiz?
- Mana kawalan halal-haram?
- Mana pembangunan dan pemerkasaan institusi agama?
- Mana arah dibawa Masjid dan Surau?
- Mana usaha dakwah Islam dan kepada bukan Islam?
- Kenapa berdakwah dikongkong sedangkan maksiat dibiarkan?
- Kenapa UmNo tak nampak macam orang Islam?
Mungkinkah 11:11:11 hari ini parlimen akan dibubarkan?
No comments:
Post a Comment