Thursday, November 17, 2011

Politik Generasi Baru

Inilah realiti politik semasa dan sesuatu yang penguasa dalam parti politik Melayu perlu belajar. Era yang mengatakan perbezaan politik menjadi punca perpecahan yang melemahkan orang Melayu sudah berlalu. Politik adu dumba, pecah belah dan maki hamun telah lama berlalu. Kini generasi baru telah muncul dan pemikiran baru inilah yang bakal mewarnai kancah politik sekarang dan masa depan.

Pemikiran yang dipelopori oleh mereka yang berpendidikan, mereka yang matang dan mereka yang berwawasan mula meresapi masyarakat. Sebab itulah mereka yang berada di kawasan bandar boleh mengubah kepimpinan negara tanpa rasa bimbang. Politik boleh datang dan pergi.... Pemimpin negara boleh datang dan pergi.... Tapi rakyat akan tetap disini.

Pemikiran yang berpendapat politik punca perpecahan masyarakat hanya wujud dalam UmNo BN sahaja sedangkan masyarakat telah lama berubah. Bilakah kita akan dapat melihat perubahan dalam UmNo dan BN. Adakah generasi veteran politik Melayu mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan politik baru ini?

Sama ada kita berubah ataupun diubah.... Kita yang buat keputusan! Dimana bumi dipijak di situ Islam dijunjung.
________________________________
UKM4: Kini satu di PKR, satu bersama MCA
   
Sungguhpun empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihadapkan ke mahkamah kerana berjuang bersama-sama menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi banyak pihak berasa 'aneh' kerana khususnya dua daripada 'UKM4' - Hilman Idham dan Woon King Chai boleh bekerjasama.

Ini kerana mereka bertugas kepada tuan politik yang berbeza parti - PKR dan MCA, sekalipun masih berkawan rapat.

Hilman adalah pembantu kepada ahli parlimen Gombak dan timbalan presiden PKR Azmin Ali. Manakala Woon pula bertugas di pejabat timbalan menteri belia dan sukan dan naib presiden MCA Senator Gan Ping Sieu.

Ketika diwawancara Malaysiakini, kedua-dua bekas pemimpin persatuan sains politik UKM itu, terus gelak ketika diajukan soalan berkenaan.

"Ini menjadi satu perkara yang banyak orang rasa aneh. Dua-dua kawan rapat tapi bekerja kami (dalam) dua parti politik yang berbeza kerana kami sendiri merupakan advokasi kepada kebebasan bersuara, menyuarakan (dan) membincangkan tentang idea, (tetapi) kami menghormati idea berbeza.

"Tiada masalah ada pemahaman dan pandangan politik yang berbeza. Ini yang mereka katakan politik baru," kata Woon.

No comments: