Tuesday, November 15, 2011

BANTAH TOL CHERAS KAJANG

 Grand Saga Sdn Bhd memperolehi keuntungan amat lumayan yang berlipat kali ganda melebihi kos pembinaan RM286.49 juta. Ini ditambah lagi dengan bayaran pampasan yang kerajaan Malaysia (BN) bayar dengan menggunakan wang rakyat dalam tempoh 12 tahun telah mencecah 105.15juta.

Kontrak perjanjian yang diklasifikasikan sebagai dokumen sulit, membolehkan pihak tertentu memanipulasikan perjanjian kontrak ini sesuka hati serta menipu rakyat. YANG JADI MANGS ADALAH ARAKYAT  MARHAEN. Pengguna utama dan pembayar tetap tol adalah warga DUN Dusun Tua......Sehari pergi balik sahaja RM2.00. Kalau sebulan? Kalau dari BMC atau Kajang RM1.90 x 2= RM3.80 sehari  jika sebulan kita kali 26 hari = RM98.80. Maka setahun RM1,185.60 ( BANYAK TU.....)
Di zaman semua harga barang naik....Yang turun hanyalah air hujan... Kenaikan tarif eletrik dan lain bahan api tambah membebankan rakyat... Nasib Selangor ditadbir oleh Pakatan Rayat, jika tidak Syabas dah lama menaikkan tarif air .... Saya sendiri dah lama tak bayar bill air kerana penggunaan kurang dari 20 meter padu (20,000 liter). Terima kasih dan tahniah kepada penggundi Pakatan Rakyat.

 Segala keperluan rakyat kena tanggung. Apa lagi segala cukai yg perlu dibayar dengan cukai tanah, cukai pintu, cukai jalan, cukai perkhidmatan, cukai perniagaan, cukai pendapatan dan cukai berganda-ganda. Yang joli sakan siapa? Puak-puak serta kaum kerbat PM juga teman-teman yang dapat projek....kroni-kroni UmNo BN yang kuat membodek.

Kalau dilihat pada kepada raut wajah pengguna lebuhraya bertol dan majoriti rakyat Malaysia, jelas terpancar rasa ketidakpuasan hati dengan dasar kerajaan BN. Dalam hatinya mungkin berkata kenapalah Melayu ni yang susah sangat nak ganti kerajaan BN yang korap serta berkurap ni. Laporan audit jelas mendedahkan berjuta-juta wang rakyat dibazirkan oleh kroni-kroni UmNo BN. Nak tunggu apa lagi PRU 13 adalah tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia....UBAH SEBELUM PARAH..BN REBAH RAKYAT GAH...

No comments: