Wednesday, November 2, 2011

Setakat ini sahajalah yang ada untuk menjadi pemimpin BN?

Senator sepatutnya dilantik dikalangan mereka yang sangat berpengaruh atau mempunyai kepakaran yang khusus atau kelebihan yang boleh digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara sama ada secara jasmani atau rohani.

Setakat ini saya masih tidak nampak keistimewaan mereka-mereka yang dilantik sebagai senator ini melainkan mereka yang dilantik itu dikalangan orang yang kalah pilihanraya, menambah kuota bukan bumiputera, untuk mereka yang terpinggir dalam parti.

Setakat ini kita masih tak nampak kelibat ketua pemuda UmNo selain sebagai ahli parlimen Rembau.....
__________________________
Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.

Selain Nallakaruppan, turut akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara, esok adalah ketua pemuda MCA Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh.

No comments: