Masih ingatkah kita dengan kisah menantu Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dalam satu mesyuarat kerajaan negeri. Maka, sekonyong-konyong datanglah berbondong-bondong pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Ariffahmi Abd Rahman dan TG Nik Abdul Aziz atas tuduhan salahguna kuasa. Akibatnya Abdul Ariffahmi telah meletak jawatan demi menjaga kepentingan dan melaksanakan keladilan kepada semua pihak, ini bagi mengelak 'conflict of interest'.
Kini kisah yang lebih kurang sama atau lebih teruk lagi jelas melibatkan dana kerajaan berjumlah RM250 juta dan melibatkan suami kepada senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita. National Feedlot Corporation (NFC) adalah satu projek perternakkan lembu yang dikendalikan oleh syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, iaitu Datuk Mohamad Salleh dan keluarganya.
Kisah yang terbaru terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa dana NFC telah disalahgunakan untuk membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta. Seterusnya perbuatan ini dipertahankan oleh Khairi Jamaluddin (KJ) atas dasar 'pelaburan'.
Persoalannya ialah adakah Shahrizat dan keluarganya menerima nasib seperti TG Nik Aziz dan menantunya? Apakah Shahrizat atau suaminya dipecat atau meletak jawatan? Adakah SPRM menyerbu pejabat Shahrizat dan NFC? Adakah mereka disoal-siasat oleh polis atau SPRM?
Berapa ramai pula pemimpin UmNo yang mempertahankan Shahrizat? Orang seperti Noh Omar dan KJ pula sebok menjustifikasikan perbuatan Shahrizat.... Sampai bila UmNo terus mahu menyimpan mereka yang berbuat onar dan bersubahat dengan perbuatan seperti ini?
No comments:
Post a Comment