Thursday, November 3, 2011

Menteri Siapakah ini?

Kalau polisi negara tidak mengiktiraf dan tiada hubungan diplomatik dengan Israel bahkan kita juga tidak boleh masuk Israel begitu juga sebaliknya.... kenapa pulak kita risau warga Israel datang ke negara ini? Melainkan sudah ada arahan baru bahawa warga Israel boleh masuk Malaysia.

Kalau kerajaan sudah membenarkan warga Israel masuk... maka adakah menjadi kesalahan mereka datang? Kita boleh bantah namun kuasa membenarkan masuk ada dalam tangan kerajaan (Pusat) yang memerintah.

Kerajaan sentiasa boleh menghalang sebagaimana kes peguam kes Scorpene dihalau dan dihalang dari masuk ke malaysia. Inilah yang dikatakan 'bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut'.
__________________________________________
Peninju Israel: Eli mengaku sajalah, kata Shabery

Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN.

Ahmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu.

Oleh itu, katanya, wakil pembangkang tidak seharusnya bersikap "talam dua muka, double standard dengan menuduh saya dengan macam-macam tetapi pada masa sama mereka terlibat".

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan exco pelancongan Selangor, Elizabeth Wong semalam yang menafikan penglibatan kerajaan negeri itu dalam penganjuran program realiti itu.

Elizabeth juga berkata, kerajaan negeri itu tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warga Israel memasuki negara ini.

Ahmad Shabery pula berkata, walaupun Selangor tidak terlibat dalam jemputan, kerajaan negeri itu masih boleh mengenakan syarat untuk memastikan tiada warga Israel memasuki negara ini.

No comments: